29 November 2009

Apakah Perbezaan Di Antara Qadim dan Azali?

Kerap juga persoalan ini menjadi pertanyaan. Sepertimana yang telah diketahui, Allah SWT, nama-namaNya, sifat-sifatNya dan al Quran itu adalah “qadim”. Manakala syurga, neraka, arasy, kursi, luh mahfuz kesemuanya “dicipta” sejak “azali”. Perhatikan pengikat kata yang saya letakkan.

Sebelum penjelasan tentang kedua-dua perkara ini, suka untuk saya menjelaskan makna kedua-duanya.

- Qadim : Tiada permulaan bagi kewujudannya
- Azali : Dicipta, dan penciptaannya sebelum terciptanya masa

Di dalam masalah ini, kita perlu memahami tentang “masa”. Masa adalah makhluk yang dicipta selepas terciptanya kursi, arasy, luh mahfuz dan sebagainya. Bahkan masa itu sendiri adalah putaran cakerawala (mengikut pandangan mutakallimin). Maka, apa-apa yang dicipta sebelum terciptanya cakerawala adalah dikira sebagai azali.

Manakala qadim pula ialah tiada titik permulaan bagi kewujudannya. Azali mempunyai titik permulaan bagi kewujudannya, cuma kita tidak mengetahuinya. Dan titik permulaan tersebut adalah sebelum terciptanya masa. Jangan lupa, arasy, kursi dan luh mahfuz adalah makhluk, dan makhluk itu pastinya “hadis” (bukan qadim).

Setiap yang qadim adalah Tuhan. Kerana tiada permulaan bagi kewujudannya. Nama-namaNya, sifat-sifatNya dan KalamNya (al Quran) adalah qadim kerana kesemua ini terdapat pada zat Allah SWT yang qadim. Bukan sesuatu yang terpisah dariNya. Tidak mungkin qudrah (sifat kekuasaan) itu satu, dan Allah itu satu yang lain, kerana kedua-duanya tak mungkin terpisah. Maka kesemua yang dikatakan qadim ini adalah zat Allah yang tiada permulaan bagi kewujudannya.

Azali pula adalah makhluk yang dicipta sebelum terciptanya masa. Maka sudah pasti terdapat permulaanya kerana ia adalah makhluk atau ada permulaanya.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Akidah dan Faslafah
Universiti al Azhar

13 comments:

Kajian Al-Quran on December 22, 2013 at 10:45 AM said...

Salam,

Al-Quran adalah tidak Qadim. Al-Quran adalah benda baharu, benda yang dijadikan, adalah satu makhluk Allah SWT.

Allah SWT sendiri yg mengatakan "Kami yang menjadikan kitab Al-Quran" (43:3 & 41:44). Adakah Allah menjadikan dirinya sendiri?

Allah SWT sendiri yg mengatakan Al-Quran itu bertempat di "Luh Mahfuz" (85:22). Adakah sifat Allah itu bertempat?

Allah SWT sendiri yg mengatakan Dia yg menjaga Al-Quran (15:9). Adakah Allah SWT perlu menjaga diriNya sendiri?

Dan byk lagi nusus yg Al-Quran itu tdk Qadim, dan adalah makhluq. Marilah bertaubat, dan jgn lagi syirik kepadaNya.

Wallahu a'lam.

zahir omar on October 13, 2015 at 11:14 AM said...

Nama serupa tapi pekara berbeda. Janganlah kita tertipu dengan debat yg tak ada hujung nya. AlQuran yang dimaksudkan sebagai makluk itu apabila telah ditulis dan disimpan dalam Luh Mahfuz, diturun pulak pada langit bumi sekali gus pada lailatul qadar.
Tapi sebelum nya, AlQuran adalah qadim dan hakikatnya tetap akan qadim.Tiada ada syirik dalam akidah ini.

kyairolzamri sariat on July 19, 2016 at 9:06 AM said...

Ana setuju dgn zahir.

bpk muliadi on August 24, 2016 at 5:02 AM said...

¬ hal yg tidak pernah terbayangkan kini menjadi kenyataan,dengan keluarga saya untuk AKY SANTORO kami ucapkan banyak terimah kasih karna berkat BANTUAN AKY SANTORO ALHAMDULILLAH keluarga kami bisa lepas dari segala HUTANG HUTANG. karna nomor togel yang di berikan KY SANTORO YAITU-4D. nya BENAR BENAR TERBUKTI TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN.125 juta.ALLHAMDULILLAH saya bisa menutupi semua tuhang hutang saya.dan MOTOR saya yg dulunya aku gadaikan,kini sudah di tebus kembali.dan kami juga sudah membuka usaha kecil kecilan,kami tidak menduga KY SANTORO TELAH MERUBAH NASIB KAMI DALAM SEKEJAP.dan hanya AKY SANTORO Lah DUKUN TOGEL YANG PALING BERSEJARAH DI KELUARGA KAMI.ini adalah benar benar kisah nyata dari saya.dan saya tidak malu menceritakannya.semua tentang kesusahan yg perna saya jalani.karna di situlah saya mulai berfikir bahwa mungkin masih banyak saudara kami yg membutuhkan bantuan seperti saya.yang ingin seperti saya silahkan hub AKY SANTORO DI NOMOR(_0823_1294_9955_)Atau KLIK DISINI



DI JAMIN 100% TEMBUS.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI.DAN SAYA SANGAT YAKIN BAHWA ANGKA GHOIB YANG DI BERIKAN KY SANTORO DAPAT MERUBAH NASIB ANDA SEPERTI SAYA.SEBELUMNYA SAYA MOHON MAAF KALAU ADA PERKATAAN SAYA YANG KURANG SOPAN.TOLONG DI MAAF KAN.TERIMAH KASIH.THANK'Z ROOMX ZHOBATH.!!!

zainudin jani on November 26, 2016 at 2:06 PM said...

Yg Qadim Allah Muhammad. Yg lain binasa.

zainudin jani on November 26, 2016 at 2:12 PM said...

Al Quran dari Allah untuk kekasih Allah Muhammad. Yg Qadim hanya Allah Muhammad dan yg abadi juga Allah Muhammad.

zainudin jani on November 26, 2016 at 2:13 PM said...

Al Quran dari Allah untuk kekasih Allah Muhammad. Yg Qadim hanya Allah Muhammad dan yg abadi juga Allah Muhammad.

zainudin jani on November 26, 2016 at 2:13 PM said...

Yg Qadim Allah Muhammad. Yg lain binasa.

mdfaisa2 muda on February 6, 2017 at 6:21 AM said...

Alquran yg boleh pegang tu makhluk, Hakikat al-Quran yg Qodim itu adalah kata2 Allah sebelum di zahir ke dlm bahasa baginda Rasulullah SAW...

ananda baihaqi on March 13, 2017 at 12:06 AM said...

Assalamualaikum, mau bertanya kepada penulis. Referensinya dari buku apa dan penulisnya siapa ya?

ananda baihaqi on March 13, 2017 at 12:06 AM said...

Assalamualaikum, mau bertanya kepada penulis. Referensinya dari buku apa dan penulisnya siapa ya?

Dr.Azuwa Arif on April 1, 2017 at 5:39 AM said...

Boleh rujuk Buku I'itiqad Ahlussunnah Wal-Jama'ah karangan K.H. Sirajuddin Abbas

Dr.Azuwa Arif on April 1, 2017 at 5:46 AM said...

Quran Al Karim adalah Kalam Allah yang qadim. Adapun yang tertulis dalam Mashaf, yang pakai huruf dan suara adalah gambaran dari Quran yang kadim itu. Kerana itu Quran Al-Karim dikatakan qadim tidak boleh dikatakan Hadis atau makhluk

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal