04 November 2009

Sampai Di Bumi Mesir


Alhamdulillah, sampai juga saya ke bumi Mesir bersama isteri dan seorang akhawat.. Hati ini sering berdoa agar diberi hidayah, dilapangkan hati, dan dipandaikan dalam ilmu beragama.

Terima kasih kepada ahli bait, Us Hanafi YDP Kedah, kerana sudi menjemput kami di airport.

Singgah sehari di Bait Janub Saina, rumah bujangku.. Lalu, artikel inilah yang sempat saya tulis..

1. Perjuangan perlu diteruskan. Kaki ini melangkah ke bumi Mesir dengan berniatkan untuk menjadi seorang ulama’ yang berjuang. Bukan hanya tidur, bangun, makan dan buang air besar. Alhamdulillah, perkahwinan saya sememangnya membantu untuk merealisasikan hasrat dan tujuan ini.

2. Ilmu yang kurang diasah ketika di Malaysia, akhirnya membuatkan saya terpaksa bersusah payah mengasahnya semula.. Ayah mertua saya pernah berkata .. ilmu itu perlu diasah, baru ia tajam. Ya, memang betul, dengan ilmu itulah kita akan gunakan sebagai senjata yang tajam untuk menolak pemikiran musuh yang menyerang.

3. Mesir inilah laluan para ulama dari dulu hingga sekarang. Sangat rugi bagi saya sekiranya kita tidak menjadikan bumi yang berkat ini sebagai tapak mendidik jiwa. Imam Ibnu Hajar al Asqolani sering bermundar-mandir di kawasan belakang masjid Azhar. Di Belakang Azhar juga terdapat maqam para Auliya. Syeikh Badruddin al Aini, al Qastalani, Syeikh Dardir dan banyak lagi. Jasad mereka berada di situ.

4. Ulama-ulama al Azhar juga antara yang terlibat dalam peperangan menegakkan Islam. Mereka bukan hanya bertalaqqi semata-mata, tetapi mereka juga terlibat dalam peperangan ketika Mesir dimasuki Perancis 1798. Al Azhar melancarkan jihad menentang Perancis. Hari ini kita lupakan perjuangan mereka.. Sila lihat buku “Mendekati Ulama dan Para Wali Allah Di Mesir” karangan Us Ahmad Lutfi al Linggi.

5. Dr Asri Zainal Abidin pernah mengkritik mahasiswa al Azhar. Sedih juga. Kuat tidur katanya. Malas pergi mengaji, tidak bertalaqqi.. dan macam-macam. Entah dah datang Mesir ke belum. Kalau dah pernah datang pun, dia hanya bersama orang yang kuat tidur sahaja..

6. Isu Purdah, alhamdulillah, berjaya diselesaikan dengan baik oleh PMRAM di bawah seliaan MANHAL. Cuma orang-orang yang berlagak sebagai “ulama” di Malaysia, masih lagi dengan cercaan mereka terhadap al Azhar. Cerita sebenar pun tak tahu.. Mereka hanya beriman dengan media yang memutarbelitkan cerita.

7. Urusan kuliah yang agak mencabar.. Bersabarlah wahali pejuang. Ujian ini baru sedikit. Apabila saya mendapat tahu bahawa al Azhar sudah mewajibkan Imtihan Qabul bagi mahasiswa baru, penambahan subjek bagi Usuluddin dan lain-lain, PMRAM dan KPIPM ditekan dan difitnah macam-macam terutamanya oleh isma, jmpk, dan sebagainya. Nadi umno pula yang diberikan peluang melebarkan sayapnya yang tak lebar-lebar..

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal