11 November 2009

Habib Omar Di Rumah Perak


Kelas pengajian Habib Omar di Rumah Perak (Wisma Darul Ridzuan) sudah bermula. Sila lawati kpipm64.blogspot.com untuk maklumat lebih lanjut. Sedikit ulasan tambahan secara ringkas dariku..

Dr Asri cukup anti dengan Habaib. Entah kenapa. Sebelum ini pernah saya lihat rakaman kuliah beliau yang menghentam cucu-cucu Rasulullah. Katanya mereka melakukan tawaf mengelilingi kubur.. dan bermacam-macam lagi. Tapi tak pernah bersemuka dengan para habaib ini untuk bermunaqasyah atau berbincang dan sebagainya.

Pernah juga beliau menyampaikan kuliah yang mengulas tentang “al Barzanji bukan hebat sangat”… Entah kenapa beliau dengan mudahnya tidak beradab sebagai seorang yang berilmu. Kalau ya pun al Barzanji tu tidak hebat, kenapa pula yang dihebahkan? Apa tujuan dia berbuat demikian? Mencari popularity ke?

Apakah ukuran hebatnya seseorang itu dari sudut ilmunye? Adakah dengan kehebatannya bertutur? Atau kekuatan ingatannya tentang fakta atau hadis? Atau apa? Persoalan ringkas daripada saya, dimanakah adab seorang yang berilmu pada Asri? Belajar hadis tinggi-tinggi, tapi tak belajar “adab”. Kita belajar adab dari sekolah rendah lagi.
Baca seterusnya

10 November 2009

"Nabi Tak Buat" Bukan Alasan Untuk Menghukumkan Haram


Isu dari dulu sampai sekarang, kengkawan wahabi asyik-asyik mempermainkan hukum. Mereka menggunakan alasan bahawa "Nabi Tak Buat".. itu Nabi tak buat.. maka hukumnya haram. Maka, di dalam artikel ringkas ini, akan menjelaskan segala-galanya.

Nabi Muhammad SAW tidak membuat sesuatu perkara tersebut, terbahagi kepada beberapa maksud, iaitu :

- Samada perbuatan tersebut haram
- Samada perbuatan tersebut makruh (tidak disukai atau sia-sia)
- Samada Nabi SAW tidak terfikir untuk melakukan perbuatan tersebut

Contoh perkara yang haram, yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad sAW ialah seperti mencuri, merompak dan sebagainya yang kita sedia maklum. Bahkan perbuatan haram ini, ada di antaranya dinamakan sebagai haram qath'ie atau dengan kata lain, pengharamannya jelas disebut. Contohnya pengharaman zina, mencuri, minum arak dan sebagainya. Tiada dalil untuk menghalalkan arak atau menghalalkan zina walaupun ibu tunggal.

Perbuatan makruh yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW contohnya seperti makan bawang. Nabi tidak makan bawang, dan kisahnya disebutkan ketika Nabi SAW menumpang di Rumah Abu Ayyub al Ansori ketika berhijrah ke Madinah. Selain itu, Baginda SAW juga tidak makan Dhob. Maka kedua-dua perbuatan ini tidak dikatakan haram, tetapi ia dikatakan sebagai "makruh". Sesiapa yang melakukannya, tidak berdosa, dan sesiapa yang meninggalkannya mendapat pahala.

Contoh perbuatan yang Nabi SAW tidak terfikir untuk melakukannya ialah Maulid Nabi SAW. Nabi tidak pula mencegahnya dengan mengatakan "menyambut kelahiranku adalah haram.." WalLahua'lam..

Apabila ada yang berkata "tiada dalil yang membenarkan maulid (atau sewaktu dengannya).. " Maka dengan mudah kita bertanya semula,.. "Adakah di sana terdapat dalil yang mengharamkannya?" Risalah ringkas ini hanyalah pendahuluan bagi memahamkan tentang perkara ini.

Sila rujuk perbahasan tentang "At Tarku".. Contohnya kitab karangan Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari, risalah ringkas yang bertajuk "Husnud Darki Wat Tafahhumi Li Mas'alatit Tarki" Cetakan Maktabah Kaherah..
Baca seterusnya

09 November 2009

al Fatihah Buat Ir Baharuddin - Jurutera JKR Yang Terlibat Dalam Pembinaan Rumah Perak


6 November lalu, saya menerima mesej dari abah saya, bahawa kawannya, Ir Baharuddin, Timbalan Pengarah JKR meninggal dunia. Allahyarham telah menggantikan tempat Ir Amir dalam mewakili JKR untuk membina bangunan Perak yang baru untuk anak-anak Perak di Mesir.

Mesej berbunyi :

Timbalan Pengarah JKR Perak Ir Haji Baharuddin Ali telah meninggal dunia malam tadi.. al Fatihah

Ketika saya memegang jawatan sebagai Yang Dipertua, beliau telah terbang ke Mesir sebanyak 3 kali untuk menyelesaikan urusan ini. Beliau adalah salah seorang kenalan abah saya yang terlibat dalam dunia kejuruteraan...
Baca seterusnya

08 November 2009

Isu Kutub Sittah Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Akibat ingkar arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya duduk, anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin menjadi yang pertama 'dijatuhi' hukuman keluar dewan bagi sesi persidangan Parlimen kali ini.

Wakil rakyat PKR itu dikenakan tindakan selepas tidak mengendahkan permintaan Pandikar Amin supaya beliau berhenti mengemukakan soalan yang disifatkan terkeluar daripada tajuk penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin.

"Yang Berhormat duduk... duduk... apa Yang Berhormat kemukakan itu adalah isu baru. Sepatutnya dikemukakan ketika perbahasan, bukannya sekarang," katanya.

Zulkifli sebelum itu menggesa Mohammed Khaled menjelaskan mengapa Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Mesir mengeluarkan surat untuk menghalang kira-kira 700 pelajar Universiti AlAzhar mengikuti pengajian kuliah hadis oleh Mufti Mesir Syeikh Dr Ali Jum'ah walaupun persiapan sudah dilakukan.

"Kita masih ada banyak kementerian yang akan menggulung perbahasan sedangkan masa hanya ada sehingga Khamis sahaja... kalau Yang Berhormat tidak duduk saya akan arahkan keluar dewan," tegas Pandikar Amin yang kemudiannya memuktamadkan keputusan itu setelah Zulkifli terus berdegil untuk mengemukakan soalannya.

Arahan itu menyebabkan petugas media menyerbu Zulkifli sebaik keluar daripada dewan persidangan, hanya kira-kira lapan minit sebelum Anggota Parlimen itu dipanggil oleh Bentara yang menyampaikan arahan Pandikar Amin supaya beliau kembali ke dewan.

Malah sebaik masuk, Zulkifli diberi peluang untuk mencelah perbahasan menteri, termasuk untuk bertanya soalan yang dibangkitkan sebelum itu.

Pandikar Amin berkata peluang itu diberikan kerana ia melibatkan kepentingan pelajar Malaysia di luar negara.

Tampil lebih tenang, Zulkifli memohon maaf atas sikapnya sebelum itu dan mengakui cara yang digunakan untuk mencelah sebelum itu agak kasar.

Beliau kemudiannya menjelaskan kepada menteri permintaan pelajar-pelajar berkenaan supaya mengarahkan pengarah MSD untuk menarik balik surat yang dikeluarkan bagi membolehkan kuliah itu diteruskan.

Untuk itu, Mohamed Khaled berjanji akan menyemak perkara itu dengan pengarah berkenaan dan akan memaklumkannya kepada Zulkifli.

------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baharu) menjadi Ahli Parlimen pertama yang diarahkan keluar Dewan sejak sesi sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-12 bermula pada 19 Oktober lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Zulkifli keluar kira-kira pukul 8 malam ini setelah beliau tidak menghiraukan arahannya supaya berhenti mengemukakan soalan-soalan baru ketika Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggulung perbahasan Bajet 2010 bagi peringkat kementeriannya.

"Yang Berhormat duduk, duduk. Apa Yang Berhormat kemukakan ini adalah isu baru, sepatutnya dikemukakan ketika perbahasan, bukannya sekarang.

"Kita masih ada 16 kementerian lagi yang akan menggulung perbahasan sedangkan masa hanya ada sehingga Khamis sahaja. Nampaknya, Yang Berhormat tidak mahu duduk, jadi saya arahkan keluar Dewan," tegas Pandikar Amin.

Zulkifli sebelum itu, beberapa kali bangun mencelah, sambil menggesa Mohamed Khaled menjelaskan kenapa Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Mesir baru-baru ini mengeluarkan surat melarang kira-kira 700 penuntut Universiti Al-Azhar mengikuti pengajian hadis yang disampaikan oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr. Ali Jum'ah.

Bagaimanapun, arahan supaya Zulkifli keluar Dewan hanya berlangsung selama kira-kira lapan minit kerana Pandikar Amin kemudiannya mengarahkan bentara supaya memanggil Ahli Parlimen itu masuk kembali ke dalam Dewan.

Sebaik masuk, Pandikar Amin telah memberikan peluang kepada Zulkifli untuk mencelah perbahasan menteri berkenaan untuk bertanya soalan yang dibangkitkan sebelum itu iaitu mengenai masalah yang dihadapi pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar.

Ketika bangun, Zulkifli yang nampaknya kembali tenang memohon maaf kerana cara yang digunakannya untuk mencelah sebelum itu agak kasar.

"Minta maaf kerana saya sebelum ini hanya berpengalaman berhadapan dengan Unit Simpanan Persekutuan (FRU),'' jelasnya.

Sementara itu, Mohamed Khaled ketika membuat penggulungan berjanji akan menyiasat kejadian itu dan pegawai kementerian akan diminta memaklumkan perkembangan siasatan kepada Zulkifli.

sumber : desakjpmk.blogspot.com
Baca seterusnya

07 November 2009

Blog Suara Mahasiswa Al Azhar


Pengumuman kepada semua manusia di dunia ini, Blog Suara Mahasiswa al Azhar (DESAKJPMK) telah dilancarkan. Sila lawati alamat di bawah

desakjpmk.blogspot.com


Dari dulu orang dok tanya, mana suara mahasiswa al Azhar? Kadang-kadang orang lain tidak tahu yang kita ini bersuara.. Mereka hanya menghentam bahawa mahasiswa al Azhar senyap, mandom dan sebagainya.

Sebelum ini, apabila Mahasiswa al Azhar menjawab isu Purdah, ramai pula yang tidak setuju. Sudah banyak isu telah dijawab dan dijelaskan. Malangnya tidak didengari, dan mereka lebih suka menganggap ulasan mahasiswa Al Azhar sebagai jumud..
Baca seterusnya

06 November 2009

Pengakuan JPMK : Kenyataan Rasmi Pemangku Presiden

PMRAM sekali lagi melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap Prof. Madya Dr. Jamil bin Hashim, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) apabila mendapat tahu bahawa beliau tidak mengakui tentang beberapa persetujuan dengan pihak PMRAM yang telah dibuat pada 14 Oktober lalu.

Pengakuan yang telah dibuat ketika bertemu dengan Ahli Jawatankuasa DESAK pada 3 November 2009 itu merupakan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang berpengaruh serta mempunyai jawatan yang cukup tinggi.

Ketika saya dan beberapa orang Badan Pengurus PMRAM serta wakil YDP BKAN yang lain bertemu dengan beliau untuk mendapatkan penjelasan tentang isu Kutub Sittah, beliau bersetuju untuk membersihkan kembali nama PMRAM di peringkat Al-Azhar serta bersetuju untuk menghadiri dialog secara terbuka di hadapan semua mahasiswa dan mahasiswi.

Walaupun persetujuan tersebut telah dicapai, namun sehingga ke hari ini, pihak beliau masih belum melakukan apa-apa tindakan. Bagi PMRAM, ini merupakan tindakan yang tidak profesional daripada beliau walaupun PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu Kutub Sittah ini. Sebagai seorang pengarah JPMK, beliau sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dan bertindak sebagai seorang yang mempunyai jawatan yang tinggi.

PMRAM berharap agar semua ahli sentiasa berdoa semoga persatuan induk ini terus mendapat bimbingan daripada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan serta dilindungi daripada sebarang gangguan dan ancaman.

Akhir sekali, saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan ahli terutamanya kepada Ahli Jawatankuasa DESAK kerana berjaya menyerahkan memorandum tuntutan ahli kepada Pengarah JPMK pada pertemuan 3 November lalu. Tandatangan yang dikumpulkan hampir 2500 ini membuktikan bahawa sokongan dan dukungan ahli kepada PMRAM terhadap isu ini.


Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden PMRAM 2009
Baca seterusnya

05 November 2009

isma Tubuh Jemaah Baru Kerana Tak Puas Hati Pada PMRAM


Isu isma mesir yang berlarutan sehingga hari ini, membuatkan hati ini sering terluka. Memeningkan Unit Sambutan Mahasiswa Baru dalam melaksanakan tanggungjawab..

Tahun 2007/2008, saya memegang portfolio sebagai Setiausaha Agung KPIPM.. anak Perak yang datang ke Mesir telah dilesapkan oleh isma.. Tapi bila nak mintak zakat, barulah nak berdaftar. Ada pulak yang buat urusan sendiri. Tak melalui persatuan.

Pernah ditanya kepada saya, kenapa PMRAM anti isma? Kan kita sama-sama berjuang..? Mudah saya menjawab, isma yang serang PMRAM, buruk-burukkan PMRAM dan penubuhannya untuk merampas kekuasaan PMRAM. Saya bertanya semula, apa dosa PMRAM sehingga isma berbuat demikian? Apa dosa PMRAM sehingga mereka berusaha membentuk jemaah baru?

Sebelum ini, berlaku satu insiden di Rumah Perak. Seorang abang isma, datang menyebarkan fikrah isma kepada anak-anak Perak (baru).. Kami baru je dapat anak, tengok-tengok depa cuba ajar anak-anak kita supaya bencikan ayahnya.. Walaupun ada yang mengatakan bahawa kita perlu menghormati tetamu walaupun dia adalah isma.. Secara mudahnya, kalau tetamu mai datang rumah kita, ajar anak kita bukan-bukan, takkan kita tak nak halau? Tu bukan tetamu namanya.. itu adalah musuh yang tunjuk berani.

isma mengajar anak-anak kita, dengan mengatakan bahawa PMRAM itu mengongkong.. Nak join jemaah lain pun tak boleh.. Ayat ni agak melucukan. Sudah jelas bahawa isma itu berusaha menjatuhkan PMRAM. Takkanlah kita nak bagi anak-anak kita join. PMRAM mengongkong? Selama ini isma menyembunyikan ahli mereka di Haiyu Asyir, sehinggakan mereka langsung tidak menjenguk ke Rumah Perak berukhuwah bersama. Mereka pulak buat program sendiri.. Tapi, kalau ada kepentingan seperti zakat, mula terhegeh-hegeh tunjuk muka.

Memanglah semua pelajar agama berhak mendapat zakat, tapi itu bukan persoalan yang hendak dibangkitkan. Masalah utamanya ialah perpecahan. Adakah KPIPM hendak membiarkan isma memecahbelahkan KPIPM yang telah ditubuhkan pada 1964? Adakah PMRAM hendak biarkan isma memecahbelahkan PMRAM yang ditubuhkan pada 1930?

KPIPM dan PMRAM selama ini memperjuangkan Islam, al Quran dan Sunnah. Kenapa harus dipecahbelahkan kesatuan ini? Kalau isma dakwa jemaah mereka lebih syumul la katakan.. kenapa tidak diserap sahaja di dalam PMRAM? Kenapa perlu berpecah dari PMRAM kerana PMRAM didakwa tidak lengkap? KPIPM pun buat usrah jugak.. isma tak pernah kesior nak datang pun.. PMRAM buat kelas tafaqquh,.. pun tak datang jugak..

Tapi yang peliknya, akhawat-akhawat isma dengan selambanya keluar malam tanpa musyrif, walaupun PMRAM sudah menggariskan peraturan tersebut. Entah kenapa. Kalau ya pun nak lawan PMRAM, takkan keselamatan diri sendiri pun tak diendahkan semata-mata untuk menunjukkan bahawa dia itu lawan PMRAM..

Mereka asyik-asyik berhujah, kami buat benda baik, apa salahnya? Tarik ahli-ahli untuk berusrah, buat program dan sebagainya. Apa salah kami? Kalau nak berhujah sedemikian, Abdullah bin Ubai pun buat benda baik. Dia bina sebuah masjid, yang dinamakan sebagai Masjid Dhirar, tetapi ia digunakan untuk memecahkan belahkan umat Islam. Lalu masjid tersebut diruntuhkan oleh Nabi Muhammad SAW.. Fikirlah.

isma ditubuhkan kerana tak puas hati pada PMRAM.. Nanti kalau ada yang tak puas hati dengan isma, tubuh jemaah lain pulak.. pastu tak puas hati lagi, tubuh yang lain pulak.. Entah bila nak selesai..
Baca seterusnya

04 November 2009

Sampai Di Bumi Mesir


Alhamdulillah, sampai juga saya ke bumi Mesir bersama isteri dan seorang akhawat.. Hati ini sering berdoa agar diberi hidayah, dilapangkan hati, dan dipandaikan dalam ilmu beragama.

Terima kasih kepada ahli bait, Us Hanafi YDP Kedah, kerana sudi menjemput kami di airport.

Singgah sehari di Bait Janub Saina, rumah bujangku.. Lalu, artikel inilah yang sempat saya tulis..

1. Perjuangan perlu diteruskan. Kaki ini melangkah ke bumi Mesir dengan berniatkan untuk menjadi seorang ulama’ yang berjuang. Bukan hanya tidur, bangun, makan dan buang air besar. Alhamdulillah, perkahwinan saya sememangnya membantu untuk merealisasikan hasrat dan tujuan ini.

2. Ilmu yang kurang diasah ketika di Malaysia, akhirnya membuatkan saya terpaksa bersusah payah mengasahnya semula.. Ayah mertua saya pernah berkata .. ilmu itu perlu diasah, baru ia tajam. Ya, memang betul, dengan ilmu itulah kita akan gunakan sebagai senjata yang tajam untuk menolak pemikiran musuh yang menyerang.

3. Mesir inilah laluan para ulama dari dulu hingga sekarang. Sangat rugi bagi saya sekiranya kita tidak menjadikan bumi yang berkat ini sebagai tapak mendidik jiwa. Imam Ibnu Hajar al Asqolani sering bermundar-mandir di kawasan belakang masjid Azhar. Di Belakang Azhar juga terdapat maqam para Auliya. Syeikh Badruddin al Aini, al Qastalani, Syeikh Dardir dan banyak lagi. Jasad mereka berada di situ.

4. Ulama-ulama al Azhar juga antara yang terlibat dalam peperangan menegakkan Islam. Mereka bukan hanya bertalaqqi semata-mata, tetapi mereka juga terlibat dalam peperangan ketika Mesir dimasuki Perancis 1798. Al Azhar melancarkan jihad menentang Perancis. Hari ini kita lupakan perjuangan mereka.. Sila lihat buku “Mendekati Ulama dan Para Wali Allah Di Mesir” karangan Us Ahmad Lutfi al Linggi.

5. Dr Asri Zainal Abidin pernah mengkritik mahasiswa al Azhar. Sedih juga. Kuat tidur katanya. Malas pergi mengaji, tidak bertalaqqi.. dan macam-macam. Entah dah datang Mesir ke belum. Kalau dah pernah datang pun, dia hanya bersama orang yang kuat tidur sahaja..

6. Isu Purdah, alhamdulillah, berjaya diselesaikan dengan baik oleh PMRAM di bawah seliaan MANHAL. Cuma orang-orang yang berlagak sebagai “ulama” di Malaysia, masih lagi dengan cercaan mereka terhadap al Azhar. Cerita sebenar pun tak tahu.. Mereka hanya beriman dengan media yang memutarbelitkan cerita.

7. Urusan kuliah yang agak mencabar.. Bersabarlah wahali pejuang. Ujian ini baru sedikit. Apabila saya mendapat tahu bahawa al Azhar sudah mewajibkan Imtihan Qabul bagi mahasiswa baru, penambahan subjek bagi Usuluddin dan lain-lain, PMRAM dan KPIPM ditekan dan difitnah macam-macam terutamanya oleh isma, jmpk, dan sebagainya. Nadi umno pula yang diberikan peluang melebarkan sayapnya yang tak lebar-lebar..
Baca seterusnya

03 November 2009

Album Saya Akad Nikah Pada 23 Oktober - Professional Cameraman


























Baca seterusnya

01 November 2009

Salahkah Ustaz Sekiranya Diri Sendiri Yang Sengaja Buat Dosa?


Saya pernah berkawan dengan seorang hamba Allah yang payah ke tikar sejadah, main perempuan, rempit dan sebagainya.. Dia lupa dirinya itu adalah HAMBA bagi Allah. Satu hari, dia pernah slow talk dengan saya..

“Muja.. aku ni bukan apa.. aku pelik tengok ustaz-ustaz macam hang.. Kenapa mereka biarkan kita buat maksiat? Mereka tak pernah nak cuba memahami diri aku ni.. Ustaz-ustaz tu ingat depa hanya kene duk masjid, dan layan orang yang baik-baik saje.. Orang macam aku ni.. siapalah yang nak layan..”

Pernah juga telinga ini mendengar rungutan seorang bohsia..

“Saya bukannya tanak kembali kepada kebenaran,.. pernah juga terfikir.. sampai bila saya nak buat jahat... Tapi masalahnya.. ustaz dan ustazah kita ni.. tak pernah pun nak mengajak kita kepada kebenaran tu.. Mereka tak cuba menyelami dunia kita pun...”

Selain itu, banyak lagi buah-buah yang duk hentam golongan ustaz ini.. Wahai hamba-hamba Allah.. pernahkah kamu memahami hati-hati ustaz? Kami siang dan malam sebarkan dakwah.. tetapi hangpa kuliah kat masjid pun tak pergi.. Kata nak hidayah.

Kalau nakkan hidayah.. kena berusaha. Jangan salahkan orang lain sekiranya diri sendiri yang tidak mahu menerima kebenaran. Saya sebagai seorang ustaz.. sudah lali dengan cacian dan makian geng-geng yang tidak sepatutnya. Adakah kami juga masih dipersalahkan? Kami memberi kuliah di masjid, menghidupkan suasana Islam dalam kampung, kamu sudah mendekati golongan-golongan bermasalah.. tetapi kami juga yang dipersalahkan, sedangkan kamu sedikit habuk pun tidak mahu berusaha mengubah diri sendiri.

Manusia yang lupa Tuhan bukan seorang.. bahkan berjuta-juta. Berapa keratkah ustaz hari ini untuk dibandingkan dengan mereka yang lupa Tuhan? Masih salahkan ustaz-ustaz yang 24 jam bersengkang mata menyebarkan dakwah?

Mereka berkata dakwah tidak disampaikan kepada mereka.. Jangan mengarut..

Kalau nakkan Islam, berusahalah.. Kalau asyik duk bertenggek buat maksiat.. jangan haraplah hidayah itu sampai. Asyik bertanya kepada diri sendiri.. “bila lah aku nak berubah..” Tapi diri sendiri masih lagi bertenggek dengan maksiat yang dilakukan hari-hari.. Masih salahkan orang lain sekiranya diri sendiri yang buat dosa.

Bukan semua orang ustaz.. Kalau nak tahu betapa peritnya sebagai seorang “ustaz”, maka jadilah ustaz dulu.. nak jadi kaki pukul, kaki botol dan bermacam-macam kaki lagi.. bukan susah.. Nak jadi ustaz lebih susah. Maka, jangan salahkan ustaz atau salahkan orang lain kalau tangan sendiri yang buat maksiat.

Kenapa tunding jari kepada ustaz kalau dosa itu milik sendiri? Kalau ustaz itu yang tidak sebarkan Islam, itu dosa dia.. Tapi, kita ini? Berubahlah mulai sekarang..

Hari ini, kalau nak kenal Islam, cukup mudah.. Banyak saluran disediakan. Tetapi inginkah kita mencari kebenaran? Atau kita hanya menunggu kebenaran itu sampai? Jangan haraplah. Bahkan neraka yang menunggu mereka. Kalau betul seseorang yang bergelar ustaz, hanya duk diam sahaja.. tidak menyebarkan ilmu dan sebagainya, maka dia itu bukanlah ustaz.. dia tu orang berilmu tapi tak mengamalkan ilmunya.. Ustaz bukan macam ini.

Nak kenal perangai ahli neraka? Mereka menyalahkan orang lain kerana menyesatkan mereka sedangkan mereka sendiri sengaja membuat dosa...

Firman Allah SWT, maksudnya :
Allah berfirman : “Masuklah kamu ke dalam api neraka bersama golongan jin dan manusia yang telah lebih dahulu dari kamu. Setiap kali suatu umat masuk, dia melaknat saudaranya, sehinggalah apabila mereka telah masuk semuanya, berkatalah orang yang masuk lewat kepada orang yang masuk terlebih dahulu.. “Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami. Datangkanlah siksaan api neraka yang berlipat ganda kepada mereka”.. Allah berfirman : “Masing-masing mendapat siksaan yang berlipat ganda, tapi kamu tidak mengetahui. Dan orang yang masuk awal berkata pula kepada mereka yang masuk lewat, “Kamu tidak mempunyai apa-apa kelebihan pun melebihi kami.. Maka rasakanlah azab itu kerana perbuatan yang kamu lakukan.. (Surah al A’raf : 38-39)

Masih nak menyalahkan orang lain dengan dosa yang dilakukan dengan tangan sendiri, dengan sengaja? Pelacur sudah pasti tahu bahawa melacur itu berdosa.. Tetapi masih lagi liat untuk meninggalkan amalan syaitan itu.. Kaki botol juga tahu bahawa arak itu haram.. tetapi masih lagi ketagih untuk meneguknya.. Kaki judi pun tahu bahawa judi itu mainan syaitan, tetapi masih lagi kempunan untuk terus melakukannya... Salah siapa? Masih lagi salahkan ustaz kerana tak sampaikan dakwah kepada mereka?

Paling memilukan apabila terdengar luahan rasa hati sang pelacur.. Apabila ditanya.. kenapa saudari melakukan perbuatan terkutuk ini?.. Lalu dia menjawab.. Saya ada keinginan untuk berubah.. Tetapi tiada siapa yang sudi untuk membawa saya ke arah kebenaran..

Sedih betul dengan jawapan ini.. kalau nak berubah.. mulakan dari diri sendiri.. Tinggalkan amalan syaitan itu! Kalau masih lagi duk bersarang di situ, sampai bila tak berubah.. Masih salahkan dakwah tak sampai? Takkan nak tunggu orang lain tarik tangan anda keluar dari sarang itu? Nak tunggu sampai bila? Mulakanlah dari sekarang..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum itu sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri... (Surah ar Ra’du : 11)

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Universiti al Azhar
Mujahidazhar.blogspot.com
Baca seterusnya

31 October 2009

Album Kenduri Kahwin Di Rumah Saya

Alhamdulillah, selesai juga kenduri siang tadi, 31 oktober.. Saya dan rombongan pihak perempuan sampai dan berkumpul di Masjid Sultan Azlan Shah pada jam 12.23 tengahari. Kami mula bergerak ke Rumah Pengantin Lelaki (rumah saya la..) pada jam 12.55 tengahari, dan tiba 7 minit selepas itu.

Ucapanku..

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.. Sanak saudara, orang kampung, sanak saudara sebelah perempuan, kawan-kawan lama, kawan-kawan dari Mesir, cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya.. kawan-kawan abah dan mama, dan lain-lain.

Terima kasih, khas buat beberapa orang kawan yang membantu menjayakan kenduri ini.. Ustaz Abdul Hadi bin AB Rahman, Ustaz Muntazimuddin, Abdul Halim bin Abu Hasan dan kawan-kawan.

Gambar yang ditangkap oleh hanset adik saya, yang sempat saya paparkan di sini.. Untuk selebihnya.. jemput mai ke rumah kami di Mesir nanti.. Okeh.


































Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal