12 April 2010

11 April 1930 - Selamat Hari Jadi Kepada PMRAM


11 April 2010 merupakan ulang tahun bagi PMRAM ke-80. Satu tempoh yang panjang bagi sebuah persatuan bahkan boleh dikategorikan sebagai satu tamadun atau dinasti. PMRAM kini melangkah ke 1 abad...

PMRAM sesi 2009 sempat melalui tarikh 11 April dan banyak fakta-fakta yang menarik perlu diketahui bersama :

1) PMRAM kini berusia 80 tahun.

2) Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mui'zz merupakan Presiden ke-50.

3) Muktamar Sanawi PMRAM pada tahun ini merupakan kali ke-77, manakala Muktamar HEWI kali ke-23, jika dijumlahkan menjadi 100.

4) Pada sesi ini Syeikh Ali Jumaat, Mufti Mesir turun hadir di dalam pogram Kutub Sittah PMRAM.

5) PMRAM sempat merasai kehilangan Syeikh Azhar iaitu Syeikh Tantawi dan merasai kenaikan Syeikh Azhar yang Baru iaityu Syeikh Ahmad Tayyib.

6) Presiden dan Raisah keduanya-duanya sudah berkahwin.

7) PMRAM sempat merasai tahun 2010, iaitu 1 januari berlaku pada Hari Jumaat, 31 Disember 2010 juga Hari Jumaat, 1 Muharram juga berlaku pada Hari Jumaat, Maulid Nabi juga pada hari Jumaat, Hari Raya Korban juga berlaku pada Hari Jumaat.

8) Berlaku pilihanraya Badan Pengurus PMRAM sejak sekian lama tidak ada.

Amat menarik bukan??

Terus bersama kepimpinan PMRAM....

oleh :
Ustaz Zuhaili bin Saiman
akuabezuh.blogspot.com

Ulasan ringkas daripadaku

Saya nak tambah beberapa lagi fakta menarik tentang PMRAM untuk sesi ini..

1) Presiden (Ustaz Abdul Mu'izz) antara penulis buku yang diterbitkan ketika beliau menjadi Presiden

2) Isu Kutub Sittah kedengaran di Parlimen

3) Kubur untuk rakyat Malaysia-Mesir baru dibuka (menggantikan yang lama)

4) Desak ditubuhkan untuk mengembalikan hak mahasiswa

5) Kunjungan orang-orang besar Malaysia yang mengiktiraf PMRAM. Antaranya kunjungan salah seorang daripada kementerian Belia dan Sukan, kunjungan JASA ke Pejabat PMRAM, ucapan Presiden PMRAM bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Delegasi, ramah mesra bersama Nazri Aziz.. dan macam-macam lagi..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal