20 April 2010

7 Fakta Ke"tidakbagus"an PPSMI Di Malaysia


PPSMI yang semua orang sudah tahu ke"tidakbagusan"nya akhirnya tunduk dengan fakta-fakta yang tidak boleh disangkal lagi. 7 Fakta yang saya temui di dalam wikipedia mendedahkan bahawa PPSMI memang tidak sesuai, atau dengan kata lain, tak boleh pakai.

Pada 8 Julai lalu, Tan Sri Muhyiddin ketika itu menjawat Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa pemansuhan akan dibuat pada 2012 nanti. Lagi dua tahun.. Sebab pemansuhannya ialah :

1. Kajian terhadap 10,000 sekolah di seluruh negara terutama di luar bandar di mana bahasa Inggeris pada mereka sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa asing.

2. Tahap pendidikan Malaysia menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains.

3. Kerajaan mengambil kira kepentingan majoriti dan ini tidak bermakna kepentingan minoriti ketepikan.[1] - tak mahu ngaku salah..

4. Hanya 8 % guru yakin untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sekolah berhadapan masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu.

5. Hanya 58 % masa yang diperuntukkan untuk PPSMI telah digunakan oleh guru dalam mata pelajaran sains dan matematik. Selebihnya guru tetap / terpaksa menggunakan bahasa Melayu. Guru masih berbahasa Melayu kerana murid sukar memahami dan tidak lagi berminat. Guru sendiri tidak fasih memberi penerangan dalam bahasa Inggeris. Komputer dan LCD hanya menyusahkan dan sebenarnya tidak memudahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P).Guru sains dan matematik cukup bimbang prestasi pelajar akan lebih merudum kerana gagal memahami apa yang diajarkan dalam bahasa Inggeris.

6. Sejarah menunjukkan ,dengan menggunakan bahasa Malaysia, mereka mampu menjadi doktor dan ahli profesional yang lain. Banyak doktor mendapat pendidikan dalam bahasa Malaysia sehingga ke peringkat universiti terutama bagi pelajar UKM.[2]

7. Kajian UNESCO (1958) jelas menunjukkan bahawa pendidikan dalam bahasa ibunda adalah lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraan pengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek dipelajari.[3]

Rujukan

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal