03 April 2010

Anak Zina : Majlis Agama Pula Yang Dipersalahkan


Sebuah "ayat" yang telah saya copy daripada email yang saya terima. Ayat tersebut berbunyi :

Dalam kajian lebih 2 bulan terhadap 400 orang responden yang berakhir minggu lepas mendapati bahawa prosedur perkahwinan dan perceraian yang rumit merupakan punca berlakunya banyak kes-kes zina dan buang bayi.

Allah SWT telah menetapkan 5 rukun untuk disempurnakan bagi mengesahkan sesuatu pernikahan iaitu calon suami, calon isteri, wali, dua orang saksi dan ijab kabul. Masyarakat Malaysia termasuklah Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pembangunan Wanita, NGO wanita, gerakan-gerakan hak asasi wanita serta keluarga masing-masing menambah sekurang-kurangnya 21 lagi "rukun" untuk dipatuhi sebelum sesuatu nikah itu sah. Ini termasuklah kursus pra perkahwinan, surat kebenaran penghulu mukim, surat kebenaran isteri pertama, sijil kesihatan, restu keluarga, restu ketua jabatan, wang hantaran, kelulusan kepala adat, kelulusan jabatan imigresen dan macam-macam lagi.

Begitu juga dengan prosedur perceraian yang dirumitkan oleh peraturan-peraturan yang kadangkala tidak masuk akal.

Buang bayi berpunca dari zina (ketelanjuran), zina sebab tidak dinikahkan.

Kembalilah kepada akar umbi dimana masalah itu bermula bukannya mencantas ranting dan dahan. Jika umbi masih hidup maka cabang serta ranting akan segera tumbuh silih berganti.

Apa pandangan pembaca sekalian? Kalau nak beri pandangan, sila tulis di ruangan komen. Tapi sebelum itu, saya nak komen habis-habisan ayat ini, tanpa menyalahkan orang yang membuat kajian ini (sekiranya dia bersikap benar dalam kajiannya).

Ulasan Ringkas

1. Kebanyakan daripada 400 orang responden memberi respon yang tidak berasas, iaitu dengan menunding jari kepada "urusan perkahwinan" yang rumit sebagai punca sebenar berlakunya zina dan buang anak. Kenapa hudud dijatuhkan kepada penzina, tidak kepada pemerintah? Sebabnya, penzina itu berzina dengan keinginan dirinya sendiri.

2. Istilah "menambah lagi 21 rukun" adalah luar juga tuduhan yang tidak berasas, yang jelas menunjukkan bahawa kesalahan anak zina disebabkan Majlis Agama yang meletakkan undang-undang. Cuba tengok undang-undang jalanraya. Kalau takda undang-undang jalanraya?

3. Perkara pertama yang perlu diperjelaskan ialah, "kalau nak lepas diri, macam-macam alasan dicipta". Urusan apa yang susah sangat tu? Saya tidak pernah rasa sukar untuk membuat urusan perkahwinan di pejabat agama.

4. Mungkin itu "saya" yang bernasib baik. Tetapi apa yang perlu difikirkan ialah "peraturan". Peraturan diletakkan untuk "selaras", bersistem dan sebagainya. Kalau kahwin tanpa sebarang urusan tersebut, akan celarulah Malaysia. Contohnya, kita tidak akan kenal dia ni isteri siapa, sebab takda bahagian pendaftar.

5. Uji darah, kesihatan, dan sebagainya, adalah untuk memastikan kesediaan si pengantin. Kadangkala seseorang itu berpenyakit yang dirahsiakan, malam pertama baru kantoi.. Kan susah..

6. Kursus pra perkahwinan pun dikatakan sebagai penyibuk. Adakah kita tahu, berapa ramaikah yang berkahwin, tapi langsung tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri? Si suami dan isteri tidak tahu kewajipan masing-masing. Akhirnya keluarga ini berakhir dengan perceraian disebabkan tiada persefahaman. Itulah kepentingan kursus ini yang dapat memberi gambaran awal. Berapa ramaikah yang berkahwin, tapi solat pun tak "reti". Susah kan?. Lebih baik belajar sebelum kahwin ketika dalam kursus.

8. Wang hantaran dan upacara itu ini adalah disebabkan kejahilan Melayu, dan keluarga itu sendiri. "Mana ada majlis agama dok gatal tangan suruh kita bersanding". Yang ada cuma kehendak keluarga, dan ini bukan masalah majlis agama. Tetapi keluarga itu sendiri yang tiada kefahaman Islam. "Jangan silap tunding jari".

9. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang ingin disebutkan. Apa yang perlu diketahui juga, "masalih mursalah" juga merupakan syariat Islam. Apa itu masalih mursalah? Ia adalah sesuatu peraturan yang diletakkan berdasarkan keperluan semasa, asalkan tidak bercanggah dengan al Quran dan Sunnah. Urusan perkahwinan yang diseragamkan, bukanlah bercanggah, tetapi mengawal dan menjaga hak manusia supaya tidak berlaku penipuan.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

Anonymous said...

Melihat kepada keadaan dan fitnah akhir zaman ini serta ujian yang pelbagai, maka nikah awal merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengatasi masalah zina dan anak luar nikah. Lagipun ia bertepatan dengan seruan Nabi.

Oleh itu, permudahkanlah urusan nikah. Islam itu tidak menyusahkan. Saya tidak mengkhususkan kepada mana-mana pihak dalam hal ini, tetapi sesiapa sahaja yang bersubahat dalam menyusahkan urusan nikah maka dialah yang bersalah.

Penzina memang bersalah kerana zina adalah salah, tidak perlu dipertikaikan lagi. Tetapi kita berbincang dari segi langkah yang kita ambil untuk mengatasi masalah ini.

Jadi, mempermudahkan urusan kahwin seperti yang diamalkan di Mesir ini merupakan antara langkah berkesan dalam mengatasi masalah sosial yang mula berputik di samping kita membuat siri penerangan dan penjelasan kepada komuniti pelajar Malaysia di Mesir. InsyaAllah....

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal