11 April 2010

Berita Rasmi Pembentangan Saya Tentang Kiamat


Pada 8 April 2010 yang lalu telah diadakan sesi terakhir ceramah bertajuk `Kiamat Sudah Dekat` di Bait Kauthar. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mujahid. Ceramah ini sebenarnya telah dibahagikan kepada 3 sesi. Sesi pertama telah dilaksanakan pada 25 Mac, sesi kedua pada 1 April dan sesi ketiga pada 8 April. Selain itu juga, dengan berakhirnya ceramah ini menandakan berakhirnya program kelas mingguan BPI untu sesi 2009/2010.

Sesi terakhir ini bermula agak lewat iaitu pada pukul 8.45 malam kerana Ustaz mengalami beberapa masalah. Setelah kehadiran Ustaz, sesi ini dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengacara pada malam itu iaitu Ariff Aizat Bin Abdul Razak. Sesudah itu, Ustaz mula menyampaikan ceramahnya. Ceramah pada kali ini lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang akan berlaku sebelum Kiamat sebenar berdasarkan kajian saintifik. Gaya penyampaian Ustaz Mujahid yang santai dan lucu disertai dengan pembentangan slide membuatkan peserta tidak kering gusi ketawa. Dalam erti kata yang lain, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz sangat berkesan.

Ceramah ini tamat pada pukul 10.45 malam. Sesudah itu, Biro Akedemik membuat tayangan video sempena `Exam Fever`. Apabila tamat tayangan video ini, telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Menulis Artikel The Zikr yang telah diadakan baru-baru ini. Cenderahati juga telah diberikan kepada rumah-rumah yang telah dijadikan tempat ceramah sebagai tanda penghargaan. Sesi penyampaian hadiah diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada Ustaz Mujahid kerana sudi meluangkan masa menyampaikan ceramah.

Akhir sekali, Exco BPI sesi 2009/2010, saudara Mohd Hazwan bin Rusli dan Timbalan Presiden Perubatan 2 sesi 2010/2011, saudari Natrah binti Ahmad Kamil diberi penghormatan untuk berucap. Sambutan daripada para peserta amat menggalakkan. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan semua program BPI untuk sesi 2009/2010.

sumber : thezikr.perubatan.org

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal