15 April 2010

Budak Tingkatan 2 Rosakkan 9 Buah Kereta Guru


"Budak-budak kurang ajar semakin membiak" inilah tajuk yang tersirat di sebalik berita tentang tindakan beberapa orang pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, yang merosakkan 9 buah kereta milik guru mereka.

Ia berlaku pada jam 4.30 petang, ketika waktu rehat sesi petang. Budak hingusan sudah mula tunjuk samseng. Siapa ajar mereka? Takkan guru-guru mereka ini mengajar mereka merosakkan kereta?

Antara kerosakan yang mereka lakukan ialah dengan menyimbah cat, memecahkan cermin kereta, membaling batu ke arah kereta dan sebagainya. Antara kenderaan yang menjadi mangsa lepas geram kumpulan pelajar itu ialah Proton Exora, Perodua Myvi dan Perodua ViVA.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakan guru disiplin tersebut yang mendenda mereka atas kesalahan yang mereka lakukan. Kurang ajar punya budak. Guru sendiri jadi mangsa mereka.

Cuma, apa yang ingin saya ingatkan kepada semua, tindakan samseng ini bukanlah diajar oleh guru-guru di sekolah, tetapi ia diajar oleh anasir-anasir luar. Contohnya, sesiapa yang nak perjuangkan Islam, akan diancam pukul. Kes bergaduh sudah banyak menjelang pilihanraya.

Selain itu, filem-filem gangsterisme, vandalisme dan lain-lain yang disenaraikan sebagai "U" (tontonan umum) disiarkan secara meluas. Akhirnya ia akan melahirkan generasi ini.

Game pun apa kurangnya? Dah berlambak.. Permainan-permainan konsol yang berbentuk "penerajangan", penzinaan, penelanjangan, pembunuhan, penipuan dan lain-lain begitu mudah didapati di kedai-kedai game. Malaysia katakaann...

Alaa.. apa nak dihairankan.. budak tingkatan 2 pun dah berzina dan kawan perempuan dia.. nak kata apa? Tingkatan 1 dah pandai gaduh guna kayu hoki.. Kes pukul sampai mati di sekolah asrama.. dan macam-macam lagi.. Nak kata apa? Siapa ajar mereka?

Saya rasa jawapan ini semua orang tahu.. Tengok sendiri undang-undang apa yang dilaksanakan di Malaysia? Pakat-pakat nak tunjuk samseng dengan undang-undang Allah.. Akhirnya akan membiakkan anak-anak samseng..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal