05 April 2010

Dah Gatal Punggung Nak Buat Maksiat?


"Dating-dating ni dah biasa ustaz.." Seorang Melayu Mesir berkata kepada saya beberapa hari lepas.. Siapakah dia? Nanti kalau saya cakap, ada orang kata nak timbulkan sentimen. Biarkanlah.. Ketika itu saya berada di Iskandariah.

Untuk maklumat, hamba Allah yang saya tanya ni dia tidak terlibat, cuma "dah boring" nampak kes-kes macam ni. Lalu, saya mengambil kesempatan untuk bersembang dengannya.

"Biasanya diorang ni berdating kat mana?" Saya bertanya lagi. "erm... biasanya kat Green Plaza, San Stefano, Taman Montaza, Carefour,... tu je yang paling biasa.." Dia menjawab..

Pening lagi. Tempat-tempat yang paling popular untuk Melayu Mesir berdating. Saya tanya lagi..

"Ada pegang-pegang tangan tak?".. Dia jawab "Eh, biasa la tu ustaz.. dating pegang tangan dah biasa tengok dah.." Mak aih.. dah biasa.

"Raba-raba ada tak?" Saya bertanya lagi. "Ermm.. tak dengar pulak.., ntah la".. Dia menjawab.

Erm.. apa pandangan pembaca? Mesti korang akan mengucapkan "alhamdulillah" sebab takda raba-raba. Tapi masalahnya, "pegang tangan tu?" Tak teruk ka? Boleh pegang tangan, lama-lama pegang benda lain pulak!

Jangan tunggu sampai HISBAH buat blog LONDEH yang pernah dirancang satu masa dahulu. Apa tu blog Londeh? Blog yang akan menyiarkan semua maklumat dan bukti secara jelas, tanpa sorok-sorok dah. Kalau ada gambar, tak sensor dah.. Tayang muka si pembuat maksiat ni dalam internet. Biar satu dunia tengok.

"Ustaz.. Dakwah kena berhikmah" Suara ini sering berbunyi. Jadi saya menjawab "Kenapa malu dengan manusia, tapi tak malu dengan Allah? Tak malu dengan Malaikat yang 24 jam dok tulis apa yang kita buat? Tak reti malu pulak"

Sekarang ini, rancangan untuk membuat blog Londeh tu masih belum diluluskan. Kalau sampai masanya satu hari nanti, jangan marah kalau muka si pembuat maksiat ni, dapat dilihat oleh ibu bapa mereka.

Tapi kita tak bimbang, kalau Allah nak dedahkan keaiban seseorang, bukan susah pun. Tak perlu blog. Kalau berani sangat nak buat maksiat depan Allah, tunggu la satu masa nanti. Semua keaiban kita akan dikantoikan oleh Allah, Tuhan korang dan Tuhan semua manusia.

6 comments:

Anonymous said...

"Kenapa malu dengan manusia, tapi tak malu dengan Allah? Tak malu dengan Malaikat yang 24 jam dok tulis apa yang kita buat? Tak reti malu pulak"

Ini bukanlah hujah untuk menghalalkan BLOG LONDEH. Api tidak dipadam dengan api. Sekiranya ia benar-benar hujah, tentulah saya dihalalkan untuk memaki kembali orang yang memaki saya sambil saya berkata kepadanya,

"oo..yang hang dok sedap2 maki aku boleh, aku nak maki hang balik xleh pulak??"

Mungkin ustaz boleh berikan sedikit penjelasan kepada saya mengenai isu ini. Syukran... ^_^


.
.

dr.muslimah on April 6, 2010 at 8:32 AM said...

salam..pasal ni juga ana ada nak komen sikit..bukan macam DEVOTEE cakap tapi berkenaan student medic la sebab ana medic...bukan nak kata pengajian agama x ok, ada juga yang jenis 'buaya' tapi nak highlight sikit pasal medic..pasal pemakaian niqab..bila ditanya, ada yang x segan silu jawab pakai niqab ni xnak bagi orang kenal..senang nak keluar dengan boyfren, pegang2 tangan sebab orang berniqab ni orang xkisah dah..nampak baik je..mesti sangka dah kawen..bila dijawab..last2 ana kena balik..'ko tu da kawen, xpayah nak sibuk hal orang, balik jaga laki kat umah'...

Achmedarwish احمد درويش on April 8, 2010 at 7:47 AM said...

Salam....

Antara fitnah akhir zaman inilah yang berlaku....memang sukar untuk menegakkan kebenaran pada zaman ini...kita akan terus menerus dipandang hina dan terus mendapat cercaan dengan pelbagai bentuk dan disangkal dengan logik akal yang seakan sempurna di mata masyarakat....sabar dan teruskan adalah kunci terbaik...teruskan dengan hikmah dan setiap kebenaran akan ada dugaan sebagai tanda adakah kita tergolong dari insan yang sabar dan adakah kita benar2 beriman dan amnah dalam menyampaikan...

teruskan ya ustaz....syukran

Anonymous said...

"Namun, malang sekali sepanjang sejarah, masih ada yang termakan dengan perkara-perkara yang seperti ini disebabkan mereka gagal membezakan antara menghormati tokoh agama dan mensucikannya. Cenderungan sesetengah penceramah agama melarang fikiran kritis dan akal yang aktif umat Islam, amat bercanggah dengan ajaran Islam."

"Mereka itu sering berkata: “terima sahaja apa yang ulama atau tok guru cakap, jangan banyak fikir, Islam bukan ikut akal”. Islam mana yang tidak berteraskan akal yang matang dan benar?! Tok guru mana pula yang maksum semua cakapnya?! Ini akibat pembolotan kuasa pengaruh atas nama agama dan kegagalan umat membezakan antara menghormati dan mensucikan.Mereka itu sering berkata: “terima sahaja apa yang ulama atau tok guru cakap, jangan banyak fikir, Islam bukan ikut akal”. Islam mana yang tidak berteraskan akal yang matang dan benar?! Tok guru mana pula yang maksum semua cakapnya?! Ini akibat pembolotan kuasa pengaruh atas nama agama dan kegagalan umat membezakan antara menghormati dan mensucikan."

"Saya teringat cerita seorang kawan yang menyatakan apabila rombongan mereka ke Mekah untuk umrah dan pihak ‘ustaz’ yang menguruskannya tidak dapat menyediakan tempat dan makanan seperti yang dijanjikan, maka ustaz itu berkata: ‘ini ujian Tuhan yang mungkin disebabkan dosa-dosa tuan-tuan sebelum tiba di tanah suci”.
Dengan itu semua ahli rombongan terima seadanya, walaupun tidak padan dengan kadar harga yang dibayar kepada ustaz berkenaan.
Saya tersenyum dengan cerita itu. Saya kata: “Ada golongan manusia yang suka eksploitasi orang lain dengan menggunakan agama. Mengapa saudara tidak bertanya apakah hukum wang orang yang diambil tetapi gagal menunaikan janji di tanah suci?!”.
Malangnya, ramai yang berpelajaran tinggi yang bukan bidang khusus agama, yang baik intelek mereka, tapi apabila tiba masalah agama mereka memandulkan akal.
Seakan, agama melarang mereka menggunakan akal walaupun ternyata mereka diperbodohkan oleh orang yang menyalahgunakan agama. Ya, bukan semua golongan agama begitu, tapi ada yang begitu!"

petikan kata-kata seorang ustaz...


^_^


.

Anonymous said...

sedikit tambahan;

usul 19 darpada 20,

وَقَدْ يَتَأَوَّلُ كُلُّ مِنَ النَّظَرِ الشَّرْعِيِّ وَالنَّظَرِ الْعَقْلِي مَا لاَ يَدْخُلُ فِي دَائِرَةِ الآخَرِ ولَكِنَّهُمَا لاَ يَخْتَلِفَا في الْقَطْعِي فَلَنْ تَصْطَدِمَ حَقِيْقَةٌ عِلْمِيَّةٌ صَحِيْحَةٌ بِقَاعِدَةٍ شَرْعِيَّةٍ ثَابِتَةٍ وَيُؤََّلُ الظَّنِّي مِنْهُمَا لِيَتَّفِقَ مَعَ الْقَطْعِي فَإنْ كَاناَ ظَنَّيَّيْنِ فَالنَّظَرَ الشَّرْعِي أوْليَ باِلإتِّبَاعِ حَتَّى يَثْبُتُ العَقْلِي أوْ يَنْهَارُ

"Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan
masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak
akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan
kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah
dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum
putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian
dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam
sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan
untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat
membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya."



dalam Al-Quran ada disebutkan,

afala ta'qilun

afala tatafakkarun.



dalam Islam pula ada dua jenis dalil iaitu;

1. naqli (wahyu)

2. 'aqli (akal)

kesimpulannya, akal yang berpandukan Islam adalah tidak salah untuk digunakan. bahkan ia menjadi satu lagi bentuk dalil dalam sesetengah hukum.


wallahu'alam...


^_^


.

Ibnu Ir Fadzil on April 14, 2010 at 9:37 PM said...

La.. Blog Londeh tu tak dipersetujui pun.. Buat apa pening-pening nak berhujah. Ana cuma katakan yang ia pernah dibincangkan.. Sudah-sudah.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal