03 April 2010

Kes Pukul : Doakan Supaya Ia Tidak Berulang


Bismillahirrahmanirrahim,

Malam tadi, saya telah dihubungi oleh Syamer (sito) dari Mansurah dan kami berbincang tentang beberapa perkara yang berkaitan. Antara kata-katanya,

"Kes dah ditutup, saya pun dah bermaaf-maafan dengan Hanif".. Alhamdulillah, itulah yang kita nak.

"Cuma, apa yang diceritakan di dalam sanggahzalim adalah fitnah.." Katanya lagi. "Kami sudah pun berbaik-baik.."

Disebabkan mengantuk yang teramat sangat, memori saya gagal men"save" ayat-ayat yang lain, dan dikhuatiri saya tersalah sebut di dalam blog ini. Apa-apa pun, terima kasih atas penjelasan tersebut.

Pagi ini, setelah saya berjaya mendapatkan nombor Hanif Mahmud, saya menghubungi beliau. Alhamdulillah, juga sepertimana yang diceritakan oleh Sito. Ia memang sudah selesai, tetapi kes ini tetap pernah terjadi di bumi Mesir. Ia akan menjadi kenangan, dan pengajaran kepada kita, yang merupakan "si pembaca isu".

Beliau berkata "Walaupun kes seperti ini pernah berlaku, PCM tetap akan menjalankan tanggungjawab menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran"..

Ya, memang betul. Kes ini telah pun selesai, dan saya telah mencopy paste banyak-banyak kalam rasmi Presiden Perubatan tentang isu ini sebagai jalan penyelesaian. Cuma, untuk para pembaca sekalian, jadikan ia pengajaran kepada kita supaya ia tidak berulang kembali.

Antara pengajaran :

1. Selidik dahulu kebenaran sesuatu berita sebelum bertindak.

2. Kita mahasiswa, dan bertindaklah dengan cara professional.

3. Hentikan provokasi yang berlebihan, dibimbangi akan mengeruhkan kembali keadaan.

4. Sila rujuk persatuan dalam apa-apa jua hal.

5. Bersama-sama kita menegakkan kebenaran, dan mencegah kemungkaran.

6. Belajar dari kesilapan, kalau tidak kesilapan itu akan berulang.

7. Jangan ikut perasaan, sebaliknya dengar kata hati dan naluri.

"Bersama kita menyuruh kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran"

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal