07 April 2010

Luahan Hati Seorang Hisbah


Isu maksiat di bumi Mesir memang sudah sampai tahap bahaya. Apabila saya membaca post terbaru dalam blog info kini bertarikh 7 April, sebak hati saya. Bukan sebak disebabkan komen yang terlalu banyak, tetapi sebak disebabkan "orang masih lagi tidak belum boleh menerima bahawa Mesir sedang dipenuhi dengan sarang-sarang maksiat".

Macam-macam orang kata sekiranya kita ingin menjalankan dakwah dan amar makruf nahi mungkar. "Mana orang-orang yang dok sembang dakwah bil himakmah ni?" Orang yang bercouple di sebelah katil pun tak berani nak tegur? Bil hikmah la katakan. Padahal dia sendiri tidak memahami maksud "hikmah" yang sebenar.

Memang betul. Orang yang buat maksiat pada hari ini kacang sahaja.. Kalau nak cegah maksiat, macam-macam kena. Kena ugut, kena fitnah, dan macam-macam lagi kena. Kalau yang si perempuan tegur kawannya bercouple, si lelaki pulak yang nak tunjuk hero dengan men"sound" perempuan tersebut.

Kalau si lelaki yang tegur.. akan dikatakan "gatal nak jaga tepi kain orang..". Bukan si pakwe yang cakap macam tu, si perempuan paling lantang bersuara mempertahankan cinta koboi mereka. Macam hampeh.

Kadangkala, kita tidak sanggup nak dedahkan.. Tak sanggup nak siarkan dalam blog. Kesian tengok. Tapi mereka tak kesiankan diri mereka. Ada yang sanggup berpakaian perempuan semata-mata untuk mengaburi mata tuan rumah, lalu masuk ke rumah sewa akhawat. Ni kerja gila campur bodoh dan bangang kuasa dua.

Baru-baru ni, ada akhawat kita dirompak... bila? sebab apa? di mana? siapa? dan bermacam-macam lagi persoalan. Bila ditanya, kami menjawab.. "Jangan heboh lagi, akhawat tu dalam keadaan tertekan sekarang. Bukan dia seorang sahaja.. Pernah berlaku sehingga akhawat ni cabut lari dikejar seorang arab, sampai terpaksa masuk ke rumah ikhwah berhampiran. Tak takut ke keluar malam tanpa msyrif?

Pernah terjadi bersekedudukan di dalam sebuah rumah.. raba-raba.. telanjang depan web cam.. dan sebagainya. Kenapa tak dedah? Kalau dedah hint pun orang dah komen macam-macam, apatah lagi kalau dedah semuanya.

Kita bukan nak sangat dedahkan semua ni. Yang kita nak ialah jawapan kepada persoalan "DI MANAKAH ORANG YANG NAK CEGAH MAKSIAT NI?" dan "DI MANAKAH ORANG YANG NAK BERSAMA MEMBANTU CEGAH MAKSIAT?" Hangpa buta ke? Nak tunggu sampai kawan berzina di bilik sebelah baru nak tergadah? Di manakah sokongan umat Islam hari ini kepada sebuah unit yang nak cegah maksiat? Bukankah umat Islam adalah umat terbaik?

Memang ramai yang boleh cakap.. Memang ramai yang boleh menyokong dengan mulut.. Memang ramai yang pandai sembang.. Memang ramai yang hebat memberi cadangan dan kritikan.. Memang.. memang.. memang.. Tapi.. Siapa yang nak buat? Siapa yang sanggup diugut? Sanggup difitnah? Siapa.. Siapa dan siapa?

Sama-sama kita fikirkan bersama..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

3 comments:

dabei on April 7, 2010 at 5:53 PM said...

salam...

nak amar makruf kebanyakan orang xsusah nak buat

tapi bab mencegah kemungkaran bukan semua mampu melakukannya.Hanya orang2 yang bersedia utk tidak disukai mempunyai kekuatan itu.Moga kita antara orangnya.

Allah,permudahkan kami melaksanakan syari'atmu

Anonymous said...

assalamu'alaikum.

niat atau matlamat yang baik tidak menghalalkkan cara yang tidak baik. semoga kita sama-sama fikir masalah masyarakat kita di sini dan sama-sama amar makruf nahi munkar. isnyaAllah..

Anonymous said...

Assalamua'laikum.

Memang dah jadi ketetapan, dibenci dikeji dan dimaki bila ada usaha untuk bersihkan hati..

So.. Faham, Istiqomah dan Thabat serta pengorbananlah teman paling setia untuk lalui semua mehnah dan tribulasi dalam mencari redho ilahi.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal