12 April 2010

Menikmati Daging 10 Orang Lelaki - Kanibal Moden

Pernah tak anda mendengar perkataan kanibal? Agak-agak anda, adakah manusia jenis ini masih wujud? "Yang tu zaman dulu, zaman maju sekarang ni, mana ada orang makan orang.." Tetapi jawapan ini telah dinafikan oleh satu realiti yang sedang berlaku.

Seorang pengemis yang disahkan mengidap masalah mental yang teruk (bekas penghuni rumah pesakit jiwa) telah mengorbankan 10 lelaki untuk menjadi juadahnya selama ini. Namanya ialah Dorangel Vargas yang berasal dari Venezuela.

Cara penyediaan hidangannya ialah dengan menghentak kepala mangsa dengan tiub besi, kemudian memotongnya kecil-kecil sebelum memakannya. Saya tidak pasti, samada beliau memasaknya terlebih dahulu, atau kukus, atau, atau.

Yang pastinya beliau mula rasa terliur dengan daging manusia pada Jun 1997 lagi, apabila dia tidak mempunyai sesen habuk untuk membeli makanan. Selepas 4 hari mengalas perut dengan meminum air hujan yang ditadah, akhirnya dirinya mula menghidu keenakan di sebalik daging manusia.

Sebuah akhbar Brazil menemubual beliau, lalu antara kata-katanya ialah :

“Memang pada waktu itu perut terasa sangat lapar, walaupun berkali-kali saya meminum air hujan, namun saya terdengar seperti perut ini meminta supaya diisi dengan makanan"

“Jadi bila terpandang saja seorang lelaki yang kebetulan menikmati sebiji hotdog, saya terus berselera untuk menikmati dagingnya dan ia memang tidak boleh ditahan langsung, terutama apabila membayangkan lelaki itu makan makanan berkenaan"

"Selera saya bertukar kerana daging manusia sudah sebati dengan pelbagai jenis makanan yang dimakan manusia"

“Manusia bukan saja memakan sayuran, sebaliknya turut memakan pelbagai jenis daging haiwan yang dikatakan enak"

Eee... geli tak? Daging manusia menjadi juadah si pengemis ini. Rupa-rupanya dia disahkan gila sebelum itu lagi. Cuba bayangkan di neraka nanti. Semua orang tahu, mereka yang rajin sangat mengumpat orang lain, di akhirat nanti mereka akan bergelar kanibal.

Iaitu memakan daging orang yang diumpatnya. Nak ke? Kalau kat dunia dah geli, kat akhirat nanti.. uwekk!!.. Dah la daging tu busuk.. berulat.. Uwek.. Nak ke makan daging manusia? Kalau nak, umpatlah banyak-banyak..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar


Maklumat lebih lanjut tentang beliau di dalam wikipedia. Sila klik di sini

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal