17 April 2010

Orang Arab Pun Tolak Dakwah Nabi Muhammad SAW


Bismillah ar Rahman ar Rahim

Apabila bercakap tentang Dakwah Nabi Muhammad SAW, sudah pasti tiada siapa di kalangan orang beriman yang menolaknya. Melainkan mereka yang tertutup hatinya daripada menerima dakwah ini.

Apabila berkata tentang dakwah Nabi Muhammad SAW, sudah pasti ramai yang tahu bahawa dakwah Baginda SAW penuh dengan rintangan dan dugaan. Masyarakat Arab tidak dapat menerima dakwahnya walaupun pada mulanya mereka sendiri yang memanggil Nabi SAW sebagai "al Amin" iaitu orang yang boleh dipercayai.

Tetapi apabila Baginda SAW membawa Islam, mereka menggelar Baginda SAW sebagai "manusia yang cuba mengubah adat nenek moyang mereka". Ataupun mereka menggelar Baginda SAW sebagai orang yang nak cari nama.

Pernah tak terfikir, adakah Nabi SAW tidak menjalankan dakwah bil hikmah? Adakah mereka menolak dakwah Baginda SAW kerana Baginda SAW tidak tahu cara berdakwah? Pernahkah Baginda SAW melakukan dakwah secara keras? Adakah selama-lamanya bersifat "lembut" dalam berdakwah?

Sila lihat, pada permulaan Islam, Nabi SAW banyak menerangkan tentang "tauhid" kepada beberapa orang sahabat Baginda. Kenapa? Kerana "tauhid" adalah perkara usul, iaitu yang semua orang patut tahu. Bagaimana pula dengan "hisbah"?

Hisbah adalah perkara usul, yang semua orang tahu bahawa cegah maksiat itu adalah tanggungjawab. Tiada siapa yang mempertikaikan bahawa cegah maksiat itu kewajipan. Cuma apa yang dipertikaikan ialah cara mencegah maksiat.

Cara mencegah maksiat telah disebutkan oleh Sa'id Hawwa di dalam kitab Jundullah. Tidak perlu dihurai panjang di dalam artikel ini. Alhamdulillah, semua bentuk yang HISBAH lakukan selari dengan apa yang disebutkan di dalam Jundullah. Eh, bukan JunduLlah sahaja, dalam Usul Dakwah karangan Dr Abdul Karim Zaidan pun menyatakan perkara yang sama. Sila baca..

Cukup lah.. baca dahulu, anda akan tahu. Semoga Allah terangkan hati kita bersama.

Soalan seterusnya.. Pernahkah Baginda SAW menyampaikan dakwah secara "keras". Apa maksud keras itu? Nabi SAW berpendirian teguh apabila bapa saudara Baginda SAW meminta supaya Baginda hentikan daripada menyampaikan dakwah. Nabi SAW berkeras untuk meneruskan dakwah tersebut. Adakah ini "keras" yang dimaksudkan?

Cuba kita baca hadis, berapa banyak ayat-ayat berbentuk "perintah" yang nabi SAW beri kepada para sahabat? Nabi SAW memberi arahan itu dan ini.. Eh, adakah Nabi SAW tidak berhikmah? Inilah salah satu cara untuk bertegas dalam masalah syariah dan hukum hakam. Ini adalah salah satu dakwah Baginda SAW untuk sesama Islam.

Dengan bukan Islam pula, Nabi SAW memberi ancaman diazab oleh Allah SWT kepada mereka. Macam-macam ancaman Nabi SAW berikan. Nabi juga memberi kecaman terhadap beberapa tindakan orang kafir, sehingga mengatakan "celaka" kepada mereka. Bukalah al Quran, semuanya sudah terkandung di dalamnya beberapa bentuk ancaman dan kecaman ini.

Cuba perhatikan pula, kenapakah orang Arab tidak mahu menerima dakwah Nabi SAW? Kerana "sombong", jaga kedudukan dan sebagainya. Tidak mahu menerima dakwah Baginda SAW ke dalam Islam. Ramai yang membaca sirah, dan bukan saya seorang. Mari sama-sama rujuk dan muhasabah.

Tambahan pula, apabila Nabi SAW tiba di Madinah, orang-orang Yahudi yang tinggal di Madinah cuba untuk menunjukkan kepandaian mereka terhadap Baginda SAW. Mereka mengatakan bahawa pegangan mereka selama ini lebih tepat daripada apa yang diajarkan oleh Baginda SAW. Semoga kita muhasabah bersama.

Mungkin ada yang mengatakan ayat saya ini agak keras. Tetapi biasanya kita mengukur melalui bacaan semata-mata. Terpulang kepada pembaca. Semoga dengan artikel ringkas ini dapat mengkoreksi kita semula. Mungkin saya juga banyak kesilapan, dan semua orang pasti akan melakukan kesilapan. Termasuk si pembaca juga akan tersilap faham dalam pembacaannya.

Kalau dakwah Baginda SAW pun orang Arab tolak, dakwah kita yang apatah lagi.. Semoga kita berusaha untuk menegakkan kebenaran. Allah menilai usaha kita, dan tidak menilai berapa banyak hasil dakwah kita.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal