26 April 2010

Persatuan Perubatan Bersama Membantu Palestin, Tahniah!


Dalam hangat-hangat isu Khairi dan Zul, jangan kita lupa tentang apa yang sedang diperjuangkan oleh Medic kita. Persatuan Perubatan mengumumkan secara rasmi kerjasama mereka terhadap bantuan Palestin. Mari sama-sama kita membaca kenyataan rasmi daripada Presiden Perubatan sendiri, Dr Husaini. (link)

Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.


Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.

Untuk itu, PERUBATAN mengambil peluang ini untuk menyeru seluruh warga PERUBATAN di seluruh Mesir untuk sama-sama turut serta dalam menyumbang dalam menyumbang untuk program ini. InsyaAllah, suatu jawatankuasa sedang dirangka khas untuk memikirkan bentuk-bentuk bantuan yang difikirkan sesuai oleh warga PERUBATAN di Mesir untuk program khusus ini.

Sebarang cadangan untuk menggerakkan jawatankuasa ini bolehlah dimajukan terus kepada pengarah projek ini iaitu: Saudara Muhammad Khairul Razikin Bin Ramlan 010-0147317

Nantikan makluman seterusnya berkenaan bentuk sumbangan yang boleh disalurkan oleh semua warga PERUBATAN. Jadilah warga yang prihatin akan ummahnya, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membantu saudara kita kalau bukan kita. Ikuti perkembangan Lifeline 4 Gaza di laman web rasmi mereka dan di Facebook Fan Page.

So, apa tunggu lagi. ISMA ke mana? Entah. Tak dengar pun suara ISMA dalam memperjuangkan Palestin. Yang kedengaran lagu-lagu yang didendangkan oleh mereka. Mungkin itulah usaha mereka. Oh ya, jangan lupa, "ISMA akan bekerjasama dengan apa yang disepakati dan berlapang dada dengan perbezaan pandangan". Semoga isu Palestin ini tidak dianggap sebagai perbezaan pandangan. Konon untuk membolehkan ta'addud jemaah.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal