02 April 2010

Senarai Wanita Yang Pernah Jadi Imam Dan Khatib


Terkejut, rupa-rupanya Aminah Wadud bukanlah orang pertama yang menjadi imam solat, bagi jemaah yang bercampur lelaki dan perempuan. Masih ada lagi rekod sejarah yang menceritakan tentang “amalan bid’ah” ini yang dilakukan sebelum itu.

1. Pada tahun 1995, bermula satu jadual imam dan khatib yang bertukar-tukar di antara lelaki dan perempuan. Peristiwa ini terjadi di Johannesburg, Afrika Selatan. Jadual seperti ini berjalan selama lebih kurang 2 tahun. Solat yang didirikan dengan berimamkan lelaki dan perempuan ini ialah solat fardhu, solat jumaat, dan solat terawih. Ia dilakukan di dalam bangunan milik Muslim Youth Movement (MYM), yang dianjurkan oleh aktivis hak asasi wanita Islam Afrika Selatan, Shamima Syaikh (1960-1998)

2. Ketika kematian Shamima Syaikh, jenazah beliau telah disolatkan sebanyak 4 kali, dan salah satu daripada solat tersebut diimamkan oleh wanita. Itulah sepertimana yang diwasiatkan. Ia berlaku pada 1998 di negara yang sama.

3. Pada 2003, sebuah tempat baru tela ditubuhkan di Durban untuk diadakan solat aidilfitri, oleh sekumpulan manusia. Kumpulan ini telah diambil alih oleh Taking Islam To The People (TIP). Tempat ini direkabentuk untuk membolehkan solat didirikan bersama-sama ahli keluarga (iaitu lelaki dan perempuan) dengan suasana yang selesa.

4. Berlaku di North Beach di Durban, solat Aidilfitri yang didirikan di luar bangunan dengan berlatar belakangkan Lautan Hindi. Antara ucapara yang dibuat ialah 2 khutbah, satu disampaikan oleh lelaki, dan yang kedua disampaikan oleh wanita. Sehingga hari ini seramai sebelas wanita yang memberikan khutbah di situ. Antaranya ialah Dr. Lubna Nadvi, Zaytun Suleyman, Fatima Seedat, Fatima Hendricks, Dr Mariam Seedat dan Hajra Hussein.

5. Pada 2008, Noor Cultural Centre di Toronto telah menyenaraikan beberapa orang wanita di dalam senarai khatib mereka. Khutbah yang pertama disampaikan oleh wanita, kemudian azan kedua. Setelah azan kedua, khutbah disampaikan pula oleh khatib lelaki. Azan dilaungkan oleh dua orang mu’azzin, iaitu lelaki dan perempuan.

6. Akademik Laury Silvers dan Lawyer and Activities al Farouk Khaki telah mengasaskan at Tauhid Juma Circle di Bandaraya Toronto. Di dalam majlis ini, dicampurkan lelaki dan wanita, dalam pelbagai agama, dan menghidupkan suasana homoseksual. Khutbah disampaikan oleh orang Islam.

7. Pada 2004, Maryam Mirza yang berusia 20 tahun ketika itu menyampaikan khutbah kedua dalam solat Aidul Fitri di Masjid Etobicoke di Toronto, Kanada. Majlis ini dianjurkan oleh United Muslim Association.

8. Pada tahun yang sama dan negara yang sama (Kanada), Yasmin Shadeer pernah menjadi imam solat Isya, dan jemaahnya terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan. United Muslim Association bersungguh-sungguh untuk meneruskan amalan bid’ah ini.

9. Pada 2005, Raheel Raza (seorang wanita) menjadi imam dan khatib Solat Jumaat, dan solat-solat fardhu yang lain. Ia telah dianjurkan oleh Muslim Canadian Congress untuk meraikan Hari Bumi, yang diadakan di belakang rumah aktivis Tareq Fatah yang terletak di Toronto, Canada.

10. Pamela Taylor, seorang wanita yang memeluk Islam pada 1986 pernah menjadi imam dan khatib, dan jemaahnya yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan. Ia diadakan di Masjid UMA atas tawaran yang dibuat oleh Muslim Canadian Congress, pada Hari Kanada.

11. Bekas Mufti Marseille, Suhaib Bencheikh, meminta Raheel Raza atau Pamela Taylor bergilir-gilir menjadi imam solatnya ketika lawatan beliau ke Kanada. Kesemua solat yang dianjurkan oleh Muslim Canadian Congress diadakan di tempat rasmi mereka, dengan dihadiri oleh jemaah yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.

12. Pada tahun 2004, seorang wanita berusia 40 tahun membuat percubaan untuk menjadi khatib Solat Jumaat di salah sebuah masjid yang terbesar di Bahrain, pada hari Jumaat terakhir Bulan Ramadhan. Perempuan tersebut memakai pakaian lelaki dengan mengenakan janggut dan misai palsu, dengan dihadiri oleh 7000 jemaah. Apabila jemaah menyedari hal tersebut, dia ditangkap dan dibawa kepada pihak Polis dengan diketuai oleh Syeikh Adnan al Qattan, imam masjid tersebut.

13. Pada hari Jumaat 18 Mac 2005, Aminah Wadud menjadi imam dan khatib bagi solat Jumaat, yang dihadiri oleh 60 orang lelaki dan 40 orang wanita dalam keadaan bercampur. Azan telah dilaungkan oleh Suhaila al Attar. Kes ini telah heboh di seluruh dunia.

14. Di Amerika Syarikat, setelah bermulanya amalan bid’ah yang dilakukan oleh Aminah Wadud ini, ia diteruskan lagi dengan beberapa kes. Antaranya Nakia Jackson menjadi imam Solat Aidilfitri pada 2006 dan 2007, dengan dikhatibkan oleh Laury Silvers. Silvers juga menyampaikan khutbah jumaat di Masjid Claremont Road di Cape Town, Afrika Selatan, dan sebuah berhampiran di Johannesburg.

15. Pada Oktober 2005, Aminah Wadud menjadi imam solat jemaah lelaki dan perempuan di Barcelona.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar


Rujukan dan link :

  1. 1.0 1.1 1.2 "Female Prayer Leadership (Revisited)", New Islamic Directions oleh Imam Zaid, 2008-04-22. Dicapai 2008-11-29.]
  2. "The Book of Prayers (Kitab Al-Salat)". University of Southern California.http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/muslim/004.smt.html. Retrieved 2008-01-25.
  3. "Iranian women to lead prayers". BBC. 2000.http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/861819.stm. Retrieved 2008-02-11.
  4. "Chinese Muslims forge isolated path". BBC. 2004.http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/3656180.stm. Retrieved 2008-02-11.
  5. "Storm over Indian women's mosque". BBC. 2004.http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/3429695.stm. Retrieved 2008-02-11.

1 comments:

Ibnu Ir Fadzil on April 2, 2010 at 4:55 PM said...

Try koment..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal