16 April 2010

Seorang Mati Dalam Perlawanan "Kung Fu Drunken Master"


Awal pagi tadi 16 April, Seorang lelaki mati kerana kalah dalam satu perlawanan Kung Fu Drunken Master terjadi di hadapan sebuah rumah teres di Jalan Cemperai 10, Taman Rasa Utama di Rasa, dekat Hulu Selangor. Eh .. eh .. ni kes bergaduh sampai mati disebabkan mabuk.. La ingatkan Drunken Master..

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata,

Sebelum kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa Prakas a/l Dramenderaroa, 33, dipercayai sedang minum minuman keras bersama lima rakannya di hadapan rumah tersebut.

Katanya lagi,

“Mangsa bersama rakannya berborak dan dipercayai minum hingga mabuk, sebelum perbualan rancak itu tiba-tiba bertukar kepada pertelingkahan antara mangsa dan beberapa rakannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata,

Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kening kiri dipercayai dihentak menggunakan senjata tumpul.

Katanya,

Bahagian bawah dagu mangsa turut terbelah dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam selain cedera di kedua-dua belah lututnya.

Itulah, arak kan bahaya... Gaduh dalam keadaan mabuk.. Ingat Drunken Master ka..

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal