05 May 2010

Adakah Khairi Ber"Janji Manis" Dengan Pensyarah Qiraat Juga?


Sepertimana yang saya tulis sebelum ini, tentang salah seorang Pensyarah Maahad Qiraat telah menghubungi Khairi. Nama pensyarah tersebut ialah Ustaz Thaha, dan telah menghubungi Khairi pada jam 1 petang tadi.

Lalu, Khairi memberitahu bahawa semua akan menduduki peperiksaan pada Bulan Julai nanti.. Apabila dilihat kepada apa yang terjadi sebelum ini, besar kemungkinan ia hanyalah "janji manis" untuk menyedapkan masakan!

Takpa.. takpa.. kita husnuzzon lagi..

Maklumat ini telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi Mansurah, Ustaz Amirul jam 2 petang tadi di Dewan Persada Jazirah al Ward, PMRAM Cawangan Mansurah. Alhamdulillah, di dalam perjumpaan itu, telah menyiarkan rakaman perbualan di antara Ustaz Thaha dan Khairi.

Insya Allah, rakaman perbualan tersebut akan disiarkan di dalam blog ini. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendengarnya. Selamat berjuang!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

hunterjb on May 6, 2010 at 2:26 AM said...

menanti rakaman tersebut untuk dimasuk kan FB groups...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal