29 May 2010

Analisis Tentang Penganiyaan Terhadap Pelajar Perubatan Agen (Siri 2)

Kiriman Email : Mastura Jailani

Siapa Dalang di sebalik Kedatangan Agen ini?

Kedatangan pelajar-pelajar agen telah membanjiri bumi Mesir sekian lamanya. Setiap tahun ribuan pelajar tajaan agen dihantar. Ibu bapa mana yang tak nak sekiranya anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Tetapi masa depan mereka seolah-olah dihancurkan oleh tangan-tanga ghaib yang cuba mengambil kesempatan. Siapa yang menjadi pencatur utama dalam kehadiran pelajar agen ke bumi Mesir ini?. Boleh tanya kepada pelajar-pelajar perubatan di bawah Agen bacth pertama. Sama-sama kita lihat bagaimana resahnya sebuah agen setelah kepulangan Datuk Duta dan En.Yazit bin Kechik ketika pulang ke Malaysia.




Ini adalah hasil perbincangan mereka setelah rungutan daripada ibu bapa terhadap masalah yang di hadapi. Jelas lagi bersuluh, Datuk Duta dan Encik Yazit menjadi asset penting mereka dalam menyelesaikan permasalahan pendaftaran dan yuran belajar pelajar-pelajar ini.

Gred Sebenar Yang Ditetapkan Oleh Pihak Universiti

Mohon maaf kepada mana-mana agen yang sudah berada di bumi Mesir ini. Saya tidak pasti bagaimana pelajar-pelajar ini dapat memasuki dewan kuliah dan dewan peperiksaan dengan selesa dan tenang. Adakah pihak universiti juga turut terlibat dalam hal ini?. Kepada pelajar-pelajar agen perubatan, sila tanya betul-betul kepada agensi-agensi yang telah membawa kamu semua belajar di sini. Bagaimana status sebenar pembelajaran dan masa depan kamu akan datang. Cuba kita lihat apa gred sebenar yang telah ditetapkan oleh universiti perubatan di sini.




Apa yang dinyatakan Pelajar-pelajar luar negara mestilah mendapat cemerlang di dalam bidang

1- Biologi
2- Kimia
3- Fizik
4- Matematik Tambahan
5- Matematik
6- Bahasa Inggeris.

Ini adalah ketetapan pihak unviertisi Tanta kepada pelajar wafidin. Bagaimana dengan keputusan anda?. Sekiranya tidak memenuhi gred ini saya musykil bagaimana kalian masih lagi diterima untuk belajar.

Untuk pengetahuan juga bukan 7 universiti yang mempunyai hubungan G 2 G / MOU untuk pelbagai bidang di tambah satu lagi menjadi lapan iaitu universiti perubatan di Qonat Swiss.

Sila lihat :-



Keratan akhbar ini menunjukkan segala urusan G 2 G/MOU adalah di bawah kuasa Datuk Duta sendiri. Keratan akhbar tersebut juga menunjukkan bahawa urusan pengiktirafan universiti-universiti ini dilakukan secara terus dengan pihak universiti dan Datuk Duta dan bukan dengan kementerian pengajian tinggi Mesir (setakat yang saya baca pada keratan akhbar ini).

Kesimpulan

Kita boleh melihat dan memikirkan serta menilai dengan akal fikirkan kita sendiri. Bagaimana pelajar agen dihantar di atas dasar MOU dengan jumlah yang begitu ramai. Sekiranya pelajar agen ini dihantar secara terus menerus dari tahun ke tahun, populasi pelajar pengajian islam akan merudum. Lihatlah sendiri jumlah bilangan pelajar pengajian islam dan perubatan pada hari ini. Lebih kurang sama banyak (anggaran saja).

Bagaimana datuk duta mampu untuk membuat MOU dan perjanjian antara universiti-universiti perubatan tetapi masalah pelajar muadalah bagi pengajian islam tidak dapat diselesaikan. Masalah kedatangan pelajar pengajian Islam tahun satu terpaksa ditapis dengan pelbagai tapisan yang “dibuat”. Pelajar mahaad qiraat juga menerima nasib yang sama.

Saya tidak berniat untuk menafikan pelajar agen di bumi Mesir ini. Artikel ini adalah untuk kita fikirkan bersama. Terpulang kepada individu untuk menentukan apa tindakan selanjutnya. Nasihat saya teruskan imtihan yang sedang berlangsung. Kita bincang selepas imtihan nanti. Insya Allah kita sama-sama bantu sekiranya terdapat tangan-tangan jahat yang ingin menjatuhkan anak bangsa kita sendiri dalam memenuhkan perut-perut mereka dengan duit-duit yang haram.

Misi untuk memenuhi “kantung-kantung” mereka mungkin telah selesai. Jadi, KPTM menjadi boneka untuk bersuara menyekat kembali kedatangan mereka. Mudah sangat aturan yang mereka tentukan. Apabila mahu, mereka cipta sistem ini dan itu, apabila tidak perlu mereka bubarkan.


p/s :

- Ini adalah hasil kajian yang dibuat. Sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan mohon perbetulkan. Sekiranya ada penambahan sila nyatakan.

- Apa-apa kesamaran yang timbul saya nasihatkan untuk berhubung terus dengan pimpinan perubatan atau PMRAM diperingkat pusat.

Sama-sama menegakkan Kebenaran.

Wallahua’lam.

Pautan :

http://ataseakademik.blogspot.com/2010/05/ibu-bapa-jangan-terpengaruh-dengan-agen.html

http://jpmk.info/?p=1773

http://www.alwafd.org/admin/pdf/1749.pdf

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/nasib-mahasiswa-perubatan-agen-kenapa.html

http://www.tanta.edu.eg/ar/fstudent.html

http://globalnetwork.com.my/Medic/event_popup.php?nid=178&date=2009-11-11%2009:42:26

http://perubatandimesir.blogspot.com/

http://www.izzat-kamal.blogspot.com/

http://www.globalnetwork.com.my/filehost/surat%20gmn.pdf

http://www.globalnetwork.com.my/filehost/surat%20muafakat.pdf

http://www.facebook.com/topic.php?uid=249584514792&topic=14042

http://perubatan.org/v3/

Lain-lain pautan yang dirasakan perlu…

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal