17 May 2010

Apa Kata Perubatan Tentang Isu Perpindahan Muhafazah?


sumber : Perubatan.org (link)

Implikasi Perpindahan Pelajar Al-Azhar ke Kaherah kepada Pelajar Perubatan

Biah solehah yang menguasai suasana di cawangan ditambah lagi dengan hubungan yang baik antara mahasiswa/i dirasat dan mahasiswa’/i perubatan perlu dikekalkan. Tidak dinafikan, pelbagai faedah yang mampu diperolehi di dalam hubungan yang baik ini.

Mahasiswa/i dirasat berjaya memainkan peranan sebagai abang dan kakak dalam membimbing adik perubatan bahkan menaungi semua mahasiswa/i di cawangan, menjuarai isu kebajikan, keselamatan, pembinaan thaqafah, penguatkuasaan biah yang murni antara mahasiswa/i dan bermacam-macam lagi. Sememangnya, seluruh kelebihan ini perlu dikekalkan agar suasana harmoni ini terus terjalin.

Namun, ura-ura mengenai perpindahan pelajar Al-Azhar sememangnya menimbulkan kebimbangan keada semua pihak. Dijangkakan, perkara ini akan menimbulkan pelbagai impak dan komplikasi kepada semua pihak sama ada kepada pelajar Al-Azhar itu sendiri mahupun kepada pelajar perubatan di muhafazah-muhafazah yang terlibat.
Antara masalah yang dijangka akan timbul adalah:

• Berkemungkinan DPM (Dewan Perwakilan Mahasiswa) yang selama ini menjadi penaung mahasiwa/i lMalaysia di muhafazah tiada di masa akan datang. Maka, pihak keselamatan Mesir (amnu daulah) yang selama ini berhubung terus dengan DPM di dalam soal keselamatan mahasiswa/i Malaysia di muhafazah tiada warganegara Malaysia yang boleh dirujuk andai kata timbul masalah keselamatan di kalangan warganegara Malaysia seperti masalah pembaharuan visa, kecurian, gangguan seksual, jenayah dan lain-lain. Hubungan yang baik antara DPM dan pihak keselamatan Mesir selama ini telah banyak membantu pihak DPM dan warganegara Malaysia daripada pelbagai masalah keselamatan.

• Dengan ketiadaan mahasiswa/i dirasat, sumber rujukan dalam perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam Islam terhapus.

• Memberi kesan kepada gerak kerja JAKSI (Jabatan Keselamatan Sosial Islam), memandangkan sebelum ini kewujudan tenaga-tenaga pelajar dirasat yang seringkali digunakan dalam agenda mencegah kemungkaran, memandangkan mereka masih lagi dihormati oleh mahasiswa/i perubatan yang bermasalah.

• Kekurangan tenaga pengisi rohani untuk kelangsungan tarbiah mahasiswa/I perubatan.

• Tiada sumber rujukan yang terdekat dan mudah untuk gerak kerja berpersatuan, memandangkan Dewan Perwakilan Mahasiswa terbukti lebih terkehadapan dalam gerak kerja berorganisasi dan mempunyai fasiliti serta kemudahan yang mencukupi.

• Timbul ketidakseimbangan suasana dengan meningkatnya nisbah mahasiswa/i perubatan melebihi pelajar dirasat. Keberadaan mahasiswa/i dirasat sedikit sebanyak mempengaruhi biah solehah di kawasan mahasiswa/i perubatan.

Jikalau perkara ini berlaku, semestinya ia dijangka untuk menjadi satu ‘cultural shock’ kepada seluruh mahasiswa/i perubatan. Manakan tidak, sedangkan di masih keberadaan mahasiswa/i dirasat di muhafazah, masih terdapat beberapa masalah timbul di kalangan mahasiswa/I, inikan pula dengan ketiadaan golongan ini, semestinya ia menimbulkan 1001 macam permasalahan lain.

Maka, saranan kepada mahasiswa/i PERUBATAN dan pihak berwajib lain seperti Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) agar

1. Mengambil berat akan isu mahasiswa di sekitar Mesir lebih-lebih lagi apabila berada dalam isu yang memberi kesan kepada mahasiswa/i perubatan itu sendiri.

2. Mencari penyelesaian secepat mungkin agar isu ini tidak berlaku.

3. Berdoa memohon kepada Allah agar ketetapan ini tidak berlangsung

Glosari : Amnu Daulah: Pihak Keselamatan Mesir

1 comments:

Nurul Husna Abu Bakar on May 17, 2010 at 1:44 PM said...

Kami di Tanta tidak menyokong perpindahan pelajar Azhar ke Kaherah. Terlalu banyak kesan negatif dan hampir tiada kesan positif atas perpindahan ini.

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal