19 May 2010

Beberapa Kekeliruan Pada Surat Perlantikan Muhaimin


Pada permulaannya, artikel ini saya "kepil"kan bersama dengan artikel yang bertajuk "Adakah Dia Pegawai Perak" Kiriman Info Kini. Tetapi memandangkan ia agak penting, maka saya asingkan daripada artikel tersebut. Iaitu tentang kekeliruan yang terdapat pada surat perlantikan En Muhaimin. Selamat membaca

Ulasan Saya Tentang Surat

Isu tentang surat menyurat ini, apa yang telah disebut 13 Mei baru-baru ini, jelas menunjukkan beberapa kekeliruan tentang surat perlantikan. Penjelasan tentang apa yang disebutkan oleh Info Kini seperti di bawah, dan saya tak pasti adakah maksud yang disampaikan oleh Info Kini sama dengan penjelasan saya.

1. Surat yang diterima oleh KPIPM dan PMRAM menggunakan letterhead JAIPk dan ditandatangani oleh Tuan Haji Mohd Yusuf Husin, Timbalan Pengarah JAIPk, dan ditulis di bawahnya "bagi pihak Pengarah".

a. Persoalannya, bolehkah Timbalan Pengarah mewakili Pengarah ketika kewujudan Pengarah di pejabat yang sama?

b. Persoalan kedua, sebelum ini dikatakan bahawa beliau adalah lantikan Menteri Besar. Kenapa tidak dihantar sahaja surat daripada Menteri Besar?

2. Selain itu, no rujukan pada kedua-dua surat (KPIPM dan PMRAM) juga sama, iaitu JAPk/AM/138. Maka, kekeliruan masih timbul sehingga sekarang tentang status pengesahan beliau.

a. Persoalannya, bagaimanakah no rujukan boleh sama sedangkan ia diberikan kepada dua badan yang berbeza?

3. Kesalahan pada ejaan yang membawa maksud yang salah, turut terdapat di dalam surat, antaranya :

a. Surat kepada Yang Dipertua Kesatuan Pelajar Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)... Pelik..

b. Surat kepada YDP, Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir.. dan surat ini "tiada tanda tangan..".. lagi pelik

Selama ini, sebarang surat menyurat tidak bermasalah ketika berhubung dengan MAIPk, dan JAIPk. Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja ia agak berlainan kali ini. WaLlahua'lam. Ini adalah sebahagian ulasan untuk menjelaskan artikel yang telah disiarkan oleh Info Kini.

Apa yang disebut di sini, berdasarkan Majlis Dialog pada 13 Mei lalu, dan apa yang dimaklumkan bahawa pihak KPIPM "sedang menunggu" surat rasmi yang sebenar. Dan sehingga kini surat tersebut masih belum ada. Sekian

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal