19 May 2010

Berita Rasmi : Majlis Dialog Bersama YDP Perak 13 Mei


sumber : KPIPM (link)

KAHERAH, 13 Mei – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dibawah seliaan Biro Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan satu majlis dialog bersama YDP KPIPM Al-Fadhil Ustaz Khairul Ashraf dan Setiausaha Badan Penasihat Al-Fadhil Ustaz Shamsul Arif Bin Mad Daud.

Majlis yang bermula selepas bacaan Yaasin serta tahlil dan solat isya’ secara berjamaah telah dihadiri oleh ramai ahli daripada Kaherah mahupun muhafazah. Turut serta didalam majlis tersebut ialah wakil PMRAM Al-Fadhil Ustaz Ahmad Taufiq (BP angkat Perak) dan Ustaz Mohd Zahid berserta wakil HEWI PMRAM.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin itu sepatutnya dihadiri oleh Ustaz Abdul Muhaimin bin Abdul Majid,namun disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, beliau tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut.
Di dalam ucapan sesi dialog, lebih kurang sebanyak 20 soalan telah dikemukan oleh ahli dan telah dijawab satu persatu oleh YDP dan penasihat.

Majlis telah menyaksikan kesatuan ahli yang kukuh dan jitu bagi mempertahankan KPIPM dari diganggu oleh anasir-anasir luar yang mahu merosakkan persatuan.

Di dalam ucapan pergulungannya, YDP menyarankan kepada seluruh ahli supaya menjaga dan mengeratkan lagi ukhuwah kekeluargaan yang telah terbina sekian lama dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji pelajaran supaya keputusan cemerlang menjadi milik bersama.

Majlis dialog diakhiri dengan peberian hadiah kepada pemenang pertanding Baiti Jannati yang dianjurkan oleh Biro Perumahan KPIPM.Bagi kategori rumah sewa telah dimenangi oleh dua rumah yang berkongsi mata iaitu Bait Bujang dan Vista Karisma,manakala kategori Wisma Perak telah dimenangi oleh Bait Jaafari (Shaqah 8),bagi kategori akhawat pula dimenangi oleh Baitus Salam.

Hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Taufiq bagi ikhwah dan Ustazah Nurul Izzah selaku wakil PMRAM. Majlis berakhir pada pukul 11.50 malam dengan semua tetamu dan ahli turun untuk menjamu selera.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal