08 May 2010

BKAN Terengganu Menziarahi Ahli Di ARMA


KAHERAH, 5 Mei - Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu telah mengadakan lawatan ke Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah (ARMA) yang diketuai oleh Saudara Mohd Riduan Bin Abu Bakar selaku Yang Dipertua KPT bersama-sama dengan Saudara Mohd Ubaidillah Bin Deraman, Ketua Biro Kebajikan dan Saudara Mohd Kamal Bin Mohd Shah, Ketua Biro Perumahan yang juga AJKT Angkat bagi Arma.

Majlis bermula dengan sesi bertaaruf bersama pimpinan dan ahli yang hadir kemudian diteruskan lagi dengan ucapan YDP KPT dan Pimpinan yang hadir.

Yang Dipertua KPT, dalam ucapannya telah melahirkan rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan pelajar-pelajar Terengganu yang tinggal di Arma. Beliau mengharapkan agar semua ahli dapat memberikan komitmen terbaik kepada persatuan. Selain itu, beberapa usul MAT KPT kali-45 turut disentuh untuk dijayakan bersama-sama pada tahun ini. Turut dinyatakan kehadiran pihak pimpinan bertemu dengan ahli adalah bagi memantau permasalahan dikalangan ahli yang tinggal di Arma selain merapatkan ukhuwah diantara ahli dan barisan pimpinan.

Setelah mendengar ucapan daripada pimpinan, sesi dialog bersama ahli mendapat perhatian dan sambutan daripada ahli yang hadir. Pihak KPT juga, telah menerima beberapa aduan dan permasalahan untuk diambil perhatian. Selain itu, beberapa cadangan turut dilontarkan oleh ahli.

Turut dijemput hadir didalam majlis tersebut oleh pihak KPT adalah wakil PMRAM Pusat, yang diketuai oleh Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili bersama-sama Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, Saudara Mohd Farkhan Md Zain dan Bendahari Kehormat, Firdauz Noh.

Majlis berakhir dengan jamuan bersama-sama dengan yang hadir. Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak PMRAM Pusat dan seluruh ahli yang hadir menjayakan majlis tersebut dan diatas komitmen yang diberikan.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal