29 May 2010

Diari Kes Dan Isu Mahasiswa Mesir Bulan Mei


Beberapa kes dan isu di kalangan mahasiswa di Mesir pada Bulan Mei

Berikut adalah beberapa kes dan isu yang terjadi di kalangan mahasiswa Malaysia di bumi Mesir yang terkini pada Bulan Mei 2010 seperti berikut :

1. Pada 3 Mei, 2 orang penyamun warga Mesir telah membuat cubaan samun di kawasan penempatan Melayu di Seksyen 10, Bandar Nasr, Kaherah. Malangnya, salah seorang daripada mereka berjaya ditangkap oleh mahasiswa Melayu, dan seorang lagi berjaya melarikan diri.


2. Pada 10 Mei, beberapa orang Siswi Perubatan Cawangan Zagazig diganggu oleh seorang pemandu teksi warga Mesir, yang berani menunjukkan kemaluannya di hadapan siswi terbabit.


3. Pada pertengahan Mei, seorang yang masih belum disahkan sebagai pegawai anak negeri telah mengugut seorang mahasiswa untuk ditarik zakat.


4. Pada 15 Mei, sebuah rumah sewa ahli Kelantan telah diceroboh dan menyebabkan kehilangan beberapa barang berharga, 3 Laptop, 6 Handphone dan 1 Hard Disk. Beberapa pencuri tersebut berjaya diberkas polis keesokan harinya.



5. Pada 17 Mei, 4 orang ahli ISMA yang ditangkap polis Mesir pada Bulan April, 3 orang telah dibebaskan, dan seorang lagi telah dihantar pulang ke Malaysia. Dia dihantar pulang pada 17 Mei.



6. Pada 19 Mei, berlaku dua siri kemalangan, kemalangan pada waktu pagi yang membabitkan 3 orang siswi yang terjadi di Mansurah. Manakala pada sebelah petang, 2 orang siswa mengalami kemalangan di Kaherah.





7. Pada 26 Mei, 2 orang Siswi dicabul oleh seorang warga Mesir yang menceroboh masuk ke Bangunan Agen Perubatan di Tanta.


8. Pada bulan Mei, puluhan mahasiswa Qiraat tidak dapat menduduki beberapa peperiksaan disebabkan JPMK yang gagal menguruskan pendaftaran mahasiswa dalam tempohnya.



8. Pada Bulan Mei, mahasiswa Universiti al Azhar telah dikecohkan dengan isu perpindahan. Iaitu semua mahasiswa yang berada di muhafazah akan dipusatkan di Kaherah sahaja, dengan dimasukkan di dalam kuliah khusus berasingan daripada mahasiswa berbangsa arab. Namun, sehingga kini keputusannya masih belum kelas. Ia bermula dengan Muktamar Wafidin yang diadakan pada 24 April lagi.



Ulasan

Apa yang disebut di sini, hanyalah terjadi di kalangan Mahasiswa Melayu di bumi Mesir, pada Bulan Mei sahaja. Kes-kes dan isu-isu yang terjadi pada Bulan April tidak disebutkan.. WaLlahua'lam.. Isu yang dirasakan tidak perlu, tidak disebutkan di sini.

Berita ini tidak berniat untuk menakut-nakutkan, atau menuduh mana-mana pihak, tetapi hanya sebagai berita realiti yang terjadi, pemberitahuan dan makluman buat manusia yang berada di Malaysia.

Sila rujuk http://pmram.org sebagai lidah rasmi mahasiswa Melayu Islam di bumi Mesir.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal