05 May 2010

Dua Warga Mesir Menyamun Pelajar Kita Di Hayyu Asyir Semalam


Sumber : PMRAM.org (link)

KAHERAH, 3 Mei - Kira-kira jam 10 malam, kejadian kecoh di perkarangan Hayyu Asyir terjadi apabila 2 warga Mesir cuba merompak dan mencuri di kawasan Rumah Selangor. Menurut laporan salah seorang daripada mereka memasuki ke dalam kedai di bawah Rumah Terengganu dengan mengacu pisau sebelum mengambil wang.

Kemudian, penjenayah terus meluru ke kaunter kedai makan DE Cafe untuk mengugut dan merompak wang di kaunter DE Cafe. Namun usaha tersebut gagal, apabila tindakan penjenayah tadi disedari oleh salah seorang mahasiswa yang berada di DE Cafe tersebut lalu terus beberapa mahasiswa Selangor bertindak berani menuju dan menangkap penjenayah tersebut.

Seorang lagi penjenayah yang sedang menunggu dipercayai terus melarikan diri apabila mendapati kawannya sudah ditangkap.

Semasa tindakan penangkapan dibuat oleh beberapa mahasiswa Selangor, berlaku sedikit kekalutan disebabkan penjenayah sedang memegang alatan tumpul. Namun tiada sebarang kemalangan yang dilaporkan berlaku.

Kejadian itu mendapat perhatian yang serius oleh pihak PMRAM apabila dilaporkan kepada mereka. Presiden bersama beberapa Badan Pengurus yang lain terus bergegas ke tempat kejadian bagi mendapatkan laporan penuh dan membawa penjenayah ke Balai Polis yang berdekatan.

Sekitar jam 12 malam, pihak polis tiba ke tempat kejadian bagi membawa penjenayah ke balai. 2 orang saksi di kalangan mahasiswa Selangor, iaitu Saudara Firdaus Madzlan dan Saudara Solehuddin Hatwi turut ke balai bagi memberikan keterangan.

Presiden PMRAM menasihati kepada semua mahasiswa/wi agar sentiasa berhati-hati memandang jenayah kecurian semakin meruncing terutama di kawasan Hayyu Asyir. Sebarang kejadian dan laporan terutama yang berkaitan keselamatan mesti terus dilaporkan kepada Presiden PMRAM di talian +20113771841

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal