08 May 2010

Isu Fitnah Khairi : Puan Salwa Beri Kenyataan



Disiarkan di dalam blog Atase Akademik, bertarikh 7 Mei, 11.49 pagi (link), tentang salinan Laporan yang dihantar kepada Prof Jamil tentang isu yang berlaku di Tanta tempoh hari. Ia telah ditandatangani oleh Puan Salwa, yang dikatakan sebagai saksi utama dalam isu fitnah ini. Sila baca salinan laporan tersebut di bawah. Sila klik untuk besarkan.




Assalamualaikum pelajar-pelajar yang dikasihi,

Saya melihat terlalu banyak "putar alam" dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, saya merasakan sudah tiba masanya bukti atau pengakuan daripada saksi utama, Puan Salwa (kakitangan JPMK) berkaitan dengan Pengerusi DPMT (PMRAM) yang dikatakan dituduh melulu dikeluarkan. Penerbitan ini bagi mengelak prasangka yang buruk berpanjangan. Sesungguhnya kebenaran akhirnya akan terserlah. Saya secara peribadi memohon maaf jika ada kesilapan dari pihak saya dalam hal ini. Semoga ukhuwah sentiasa terjalin.

* Untuk makluman, Puan Salwa adalah kacukan dari arab Mesir dan Malaysia. Jika hendak penjelasan lanjut, beliau sedia menerangkannya.

KHAIRI BIN JALALLUDDIN

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal