19 May 2010

Isu Tarik Zakat : Mereka Mencabar Kuasa Tuhan - Abezuh


sumber : Abezuh (link)

Rasa terpanggil untuk memberikan sedikit peringatan bersama mengenai dengan ugutan pada zaman sekarang iaitu 'halau umah' dan 'tarik zakat' di sesuatu tempat yang dirahsiakan namanya.. (mungkin di sebarang lautan Atlantik :P ). Apa yang penting biar kita sama-sama koreksi diri bahawa ugutan sebegini merupakan suatu musibah yang besar bagi tangan-tangan yang melakukannya bahkan kita boleh gelarkan mereka sebagai pihak mufsidin. Bahkan apa yang saya tulis bukan mahu dilirikkan dengan nada hawa nafsu atau emosi akan tetapi renungan bahawa betapa besar dosa bagi mereka yang menghalau orang daripada tempat tinggal dan tarik zakat mereka.

Timbul di benak fikiran mengapa ugutan berbentuk 'halau' dan 'tarik zakat' yang digunakan? berikutan tersebut kita lihat kembali bahawa bagi manusia tempat tinggal yang selesa, murah dan sebagainya bersama-sama wang perbelanjaan yang cukup merupakan satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-Nya. Justeru, sekiranya manusia memiliki kedua-duanya tadi nescaya mereka sedang berada di dalam taman kebahagiaan dan keselesaan duniawi.

Maka ugutan dengan cara 'halau' dan 'tarik zakat' adalah bagi mahu mengugut manusia supaya takut untuk berada di dalam kesusahan dan akhirnya tunduk melutut kepada arahan sia-sia mereka.

Mana ada manusia yang tidak mahu berhajat kepada tempat tinggal dan duit...

Fikir kembali nikmat tempat tinggal dan duit lebih-lebih lagi zakat merupakan anugerah dan nikmat daripada Allah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Maka, pihak yang menggunakan senjata 'halau' dan 'tarik zakat' seolah-oleh mereka menyekat Allah daripada memberikan nikmat tadi. Siapakah mereka mahu menyekat dan menghalang Allah memberikan nikmat kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki??

Mereka ini mencabar kekuasaan Allah...

Kalau dahulu kita lihat bagaimana Firaun yang zalim menyekat kekayaan rakyatnya dengan membolot keseluruhan kekayaan yang ada, supaya rakyat ketika itu tunduk dan berlindung dengannya atas kekayaan yang dimiliki.

Lihat bagaimana pada permulaan Islam juga, NAbi Muhammad SAW beserta pengikut baginda yang kecil kelompoknya, dipulaukan daripada segala urusan dan akhirnya dihalau. Dan inilah tindakan pihak musyrikin Mekah.

Tidak sangka, masih ada lagi pengikut-pengikut Firauan dan kaum musyrikin Mekah di zaman sekarang yang menggunakan taktik yang sama. Lebih memalukan lagi sekiranya mereka itu sendri orang islam dan mengaji agama..sangat teruk!

Mereka mahu menggambarkan bahawa merekalah yang memberikan perlindungan dari sudut tempat tinggal dan duit kepada masyarakat, bukannya Allah. Adakah dengan 'halau' dan 'tarik zakat' akan membuatkan masyarakat akan berpaling mencari perlindungan kepada mereka? adakah mereka mahu menjadi seperti kaum-kaum yang dilaknat terdahulu seperti firaun dan sebagainya?? Silakan sekiranya hati kamu sudah hitam dan ditutpi dengan kebenaran!

Menarik zakat merupakan tindakan kurang ajar yang mengganggu rukun Islam bahkan menyekat golongan yang layak menerimanya. Kalau dahulu, Saidina Abu Bakar sanggup turun bagi memerangi kaum yang tidak mahu mengeluarkan zakat, yang menyebabkan hak yang sepatutnya kepada 8 golongan yang layak mereka tersebut. Maka samalah juga dengan senjata tarik zakat yang menyekat salah satu daripada 8 golongan yang layak menerima zakat tersekat penerimaannya.

Justeru saya ingatkan bahawa, tindakan ugutan dengan cara 'halau' dan 'tarik zakat' merupakan tindakan yang akidahnya goyah kerana mindset mereka mengatakan bahawa tempat tinggal dan duit merupakan tempat berlindung secara itlak. Tindakan ini juga sebenarnya mencabar kekuasaan tuhan dengan menyekat saluran hak yang sepatutnya disampaikan melalui medium yang diperuntukkan oleh syarak. Tokoh-tokoh ahli neraka juga bersifat mencabar kekuasaan tuhan semasa kehidupan mereka, dan kesemuanya mati dalam keadaan yang hina.

P/s : kepada mereka yang dikenakan ugutan 'halau' dan 'tarik zakat', jangan bimbang. Mohon perlindungan kepada Allah kerana Dia-lah tempat kita berlindung. Ramai yang datang ke Mesir (sebagai contoh) tanpa mendapat tajaan atau zakat dan semasa di Mesir menyewa rumah sewa. Tapi tidak ada lagi kita mendengar kes mati kelaparan. Apa yang penting ikhlas berjuang dan yakin bahawa Allah sahaja Pelindung kita.

Justeru kepada individu, pihak atau organisasi yang yang suka 'halau' dan 'tarik zakat', ingat kamu sebenarnya sedang mencabar kuasa tuhan... bertaubatlah.....

1 comments:

Bulan Mengambang on May 19, 2010 at 4:43 PM said...

Ader ker patut tarik zakat org...takutilah doa org yg dizalimi...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal