18 May 2010

Isu Perak : Jangan Sampai Lupa Nak Tengok Buku


Peperiksaan yang bakal saya duduki tidak lama lagi. Alhamdulillah, kelapangan masa yang ada, saya dapat membantu sebanyak mungkin isteri saya dalam mengulangkaji pelajaran beliau. Ketenangan bayu Iskandariah, jauh daripada hiruk pikuk kota Kaherah, apatah lagi dalam musim panas, dan sedang bergelut dengan isu yang panas.

Cuma, saya rasa agak rugi kerana kurang merasai kepanasan isu tersebut. Apa yang saya mampu ialah memberi sokongan daripada jauh, terutamanya mereka yang menjadi mangsa ugutan, mangsa kutuk, sahabat-sahabat yang tertekan dalam peperiksaan, dan sebagainya.

Di sini, saya menasihatkan kepada mereka yang "sibuk bekerja" untuk menimbulkan perpecahan di kalangan ahli BKAN Perak, supaya berhenti sebentar, tengok buku kuliah tu.. Kadangkala apabila melihat BP atau exco (khususnya Perak), mereka begitu sibuk nak melayan kerenah ahli. Time-time periksa ni la macam-macam orang nak tekan. Takda kerja lain ka? Pi baca buku tu.. nak periksa ni.. buat apa nak gaduh-gaduh? Nanti tak berkat periksa..

Ujian yang kami alami di waktu imtihan ini, macam-macam. Sudahlah diugut, diperli, dikutuk disindir, bahkan ditambah lagi rencahnya dengan kerenah beberapa orang yang turut menyokong ugutan tersebut. Bahkan mereka pula yang menjadi dalang untuk memecahbelahkan ahli BKAN Perak. Hangpa takda kerja lain ka?

Berhenti sat.. tengok buku tu.. Takyah dok nyusahkan exco.. Depa pun nak baca kitab. Semoga kita sama-sama berjaya dalam peperiksaan.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal