16 May 2010

Jadual Periksa Ada Yang Belum Keluar!


Peperiksaan hampir dekat. Tetapi sehingga hari ini, beberapa jadual peperiksaan yang sepatutnya sudah keluar, belum keluar lagi. Antaranya beberapa jadual syafawi di Kaherah, yang sehingga sekarang masih belum jelas.

Bertambah parah apabila jadual di Iskandariah, satu pun belum keluar lagi... Sedangkan peperiksaan yang "pertama" berlangsung semalam, iaitu 15 Mei dengan peperiksaan takhalluf.

Cuma, apa yang ingin diberitahu di sini, jadual peperiksaan yang belum keluar ini langsung tiada kaitan dengan JPMK. Saya perlu beritahu kerana ada sahaja mulut-mulut yang berkata :

Ustaz ni takda kerja lain.. semuanya nak kata kat JPMK..

Sebenarnya bukan semua pun. Nak kata kebanyakan pun tidak. Saya bukanlah buat blog ini untuk dihiasi dengan nama "JPMK". Mungkin orang yang berkata sedemikian, baru sahaja melihat dan mengikuti blog ini, kemudian buat andaian bukan-bukan.

Takpelah, beralih kepada masalah yang sebenar, iaitu jadual peperiksaan yang belum keluar. Pada pandangan saya, ia adalah perkara biasa yang terjadi di Mesir. Saya juga yakin, jadual pasti akan keluar sebelum peperiksaan. Bukanlah sepertimana yang JPMK lakukan sehingga menyebabkan mahasiswa tak boleh nak masuk peperiksaan!

Kita sama-sama doakan agar semuanya berjalan lancar. Memang sukar nak susun jadual study kalau jadual peperiksaan belum keluar. Alhamdulillah, jadual saya sudah pun disiarkan. Cuma, kita sama-sama mendoakan supaya orang lain turut diberi kemudahan dalam menduduki peperiksaan. Jangan ingat periuk nasi sendiri saja..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal