04 May 2010

JPMK Mengecewakan Dan Menyusahkan Kami - Mahasiswa


Alhamdulillah, jam 10 pagi tadi, Solat Hajat diadakan di Dewan Persada Jazirah al Ward, PMRAM Cawangan Mansurah. Semalam 3 Mei, diadakan Solat Hajat di Dewan Ibnu Jazari, PMRAM Cawangan Syoubra.

Solat hajat ini khas untuk memohon kepada Allah SWT supaya menyelesaikan masalah kenaikan nama yang cukup teruk ketika ini. Semua akibat kelembapan pihak JPMK dalam menguruskan kenaikan nama.

Catatan di bawah telah ditulis di dalam blog Ustaz Ridzuan Adzemi (link)

Alhamdulillah, semalam (3/5/2010) sekali lagi Solat Hajat diadakan memohon pertolongan Allah s.w.t. agar memberi keputusan yang terbaik buat kami Mahasiswa Tahun 1 Shoubra & Mansoura. Selepas Solat Hajat, Ustaz Naim bin Hassan Pengerusi Shoubra memberikan kami santapan rohani dan kalam taujihat supaya kami tidak luntur semangat menjelang hari-hari mendatang. Kemudian, Unit Penerangan Badan Bertindak Mahasiswa Tahun 1 Ustaz Jamal memberikan kata-kata semangat kepada kami.

Pagi semalam juga wakil pihak DPM Shoubra & Mansoura telah berjumpa sendiri dengan Encik Khairi Jalaluddin. Namun keputusannya tetap berada di pihak Syeikhul Azhar pada hakikatnya pada Allah s.w.t. yang menentukannya. Saya ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada sahabat-sahabiah yang mendoakan kami walaupun kalian berada ditempat yang jauh daripada kami.

Dan ini pula suara hati seorang mahasiswi Qiraat (link)

Saat ini masih tiada keputusan..

Dalam getir rasa hati hati mereka menanti sebuah jawapan..

Isu nama mahasiswa/wi Qiraat yang masih belum muqayyad.. Perpindahan pelajar wafidin Al-Azhar Mansourah ke Kaherah..

Kesudahan atas sebuah janji (mungkin hanya sebuah janji)..

Doa dan harapan masih tak lekang..

Ya Allah, permudahkan usaha mereka. Jangan kau biarkan tangan-tangan rakus yang menyangka mereka dapat memadamkan sinar Islam di bumiMU terus bermaharajalela..

Jangan pula ada yang coba-coba menangguk di air keruh..

Allah Maha Melihat dan Mengetahui apa yang kalian lakukan..

Buat semua sahabat Mahasiswi Maahad Qiraat Fatayat Mansourah dan Mahasiswa Shoubra. Tetaplah pendirian kalian. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian dan menghancurkan segala usaha tangan-tangan kotor yang manis kata-katanya..

Semoga Allah melindungi pejuang AgamaNya.. Inilah sunnah orang berjuang. Kami tidak akan diam dengan usaha kotor untuk memusnahkan diri kami sendiri

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal