05 May 2010

JPMK Tiada Cara Untuk Menggagalkan Program Malam Ini


Malam ini, sepertimana yang telah dimaklumkan, PMRAM akan turun di Dataran Hayyu Asyir bagi melaksanakan Solat Hajat dan Penerangan Tentang Isu Semasa yang sedang melanda mahasiswa Mesir. Maka, timbul beberapa persoalan di benak pemikiran saya.

Adakah JPMK akan menghalang perhimpunan pada malam ini?

Adakah JPMK akan menggunakan ISMA (sepertimana sebelum ini) untuk menggagalkan program ini?

Adakah JPMK akan menghantar surat kepada Amin Daulah untuk menghalangnya?

Adakah JPMK hanya membiarkan sahaja program malam ini berlangsung.

Adakah dan adakah...

Mahasiswa di Mesir perlu sedar, kita punyai kekuatan untuk mengadakan perhimpunan dengan izin PMRAM. Malah, setiap kali perhimpunan dibuat di Dataran Hayyu Asyir, pastinya ada "abang polis" yang melihat perjalanan program sehingga selesai.

Kadang-kadang sorang, dua, atau tiga. Ramai yang tak perasan. Abang polis ini dihantar oleh Amin Daulah untuk memantau program PMRAM, yang dimaklumkan kepada mereka. Amacam?

ISMA pula, nak buat program kena nyuruk-nyuruk. Risau disyaki polis. Tak pasal-pasal nyusahkan PMRAM kalau program mereka dihidu oleh pihak polis.

Kalau di Malaysia, perhimpunan terbuka yang dibuat akan diserang oleh pihak polis, atau lori penyembur asid. Ditambah lagi dengan gas pemedih mata. Alhamdulillah, kita tidak diperlakukan sedemikian.

Maka, datanglah beramai-ramai ke program malam ini. Dijemput juga semua ahli ISMA dan Pegawai JPMK untuk mendengar sama suara mahasiswa. Ahli Nadi UMNO pun dijemput sama, kerana ini adalah isu mahasiswa, bukannya politik.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal