17 May 2010

"Kena Sound" Adalah Sambal Perjuangan, Lagi Pedas.. Lagi Sedap

Petang tadi, sedikit perasaan "tak best" apabila di"sound" oleh seorang hamba Allah. Alhamdulillah, saya rasa ia adalah ujian yang sedikit daripada Allah, untuk menguatkan hati saya. Mungkin dia tengah bad mood kot, atau tension study. Hatiku berbisik..

"Biasa la tu.. time imtihan memang ada yang mula berubah sikap.."

Saya doakan agar hamba Allah yang men"sound" saya ini mendapat kejayaan dalam peperiksaan, bahkan kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita berdua.

Cuma, sedikit coretan ringkas saya, mari kita menghayati Sirah Nabi Muhammad SAW. Ya, Baginda SAW pasti akan dihina dan dicerca macam-macam semata-mata untuk menjaga nama baik Islam.

Tidak hairanlah, apabila kita yang cuba menjaga nama baik "persatuan" pasti akan diuji dengan perkara yang sama. Kalau setakat kena kutuk, maki hamun, dan marah-marah, ia adalah perkara biasa, dan boleh dianggap sebagai "sambal" perjuangan.

Makan nasi lemak, memang "wajib" ada sambal. Kurang keenakan nasi lemak itu apabila tidak disertakan dengan sambal. Sambal pula adalah sambal ikan bilis yang dikirimkan dari Malaysia. Mesti sedap.. Ya, begitu jugalah dalam hidup ini. Memang tak sedap tanpa sambal ini.

Teringat kisah tentang penghinaan terhadap exco atau BP. Masing-masing punya perasaan. Tidak hairanlah kalau seorang BP atau Exco itu mengalami tension dengan macam-macam kerenah, dikutuk, tertekan dan sebagainya.

Cuba kita tengok Para Sahabat RA. Mereka begitu marah apabila orang musyrikin menghina Nabi SAW. Mana tak marah, pemimpin sendiri kena kutuk senang-senang. Ya, siapa tak marah kalau Exco dan BP dikutuk mudah-mudah. Kami juga punya hati dan perasaan.

Apakah dosa mereka sehingga mereka dijadikan bahan kutukan di dalam ruang maya ini? Bahkan, apabila kita yang cuba mempertahankan pimpinan kita ini pula yang dimarahi, dan dikatakan macam-macam.

Saya disound kerana cuba menjaga nama baik pimpinan, daripada istilah-istilah yang memang tak sesuai, seperti Exco sengal, tak cerdik dan sebagainya. Kalau nak tegur, carilah saluran yang betul. Apakah saya berdosa kerana menjaga nama baik mereka? Rasanya tidak.

Akhir sekali, satu perkara yang suka untuk saya ulangi ialah, "Kena Sound" adalah sambal dalam perjuangan. Kalau tak tahan pedas, rugilah.. Dan kebiasaannya memang sambal itu pedas. Kalau tak pedas, hilanglah nilai kenikmatan pada sambal itu. Makin pedas, makin sedap..

Perjuangan akan hilang rasa nikmatnya apabila seseorang itu menggelar dirinya pejuang, sedangkan dia begitu selesa berjuang.. WaLlahua'lam.


Amacam? Terliur tak? Kalau nak rasa, kena berjuang dululahh..


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal