13 May 2010

Khairi Menjawab Di Dalam Akhbar Harian Metro Hari Ini


Apa cerita? Khairi hari ini telah menjawab berita yang disiarkan di dalam Harian Metro semalam. Berita yang bertajuk "Pelajar Lewat Tiba" dijadikan alasan untuk "memenangkan" dirinya di dalam isu ini, walaupun 3 bulan fail berada di pihak JPMK.



KUALA LUMPUR: Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) mendakwa kegagalan sekumpulan pelajar baru menduduki peperiksaan di Ma’had Qiraat Al-Azhar, Mesir, baru-baru ini, berpunca daripada ‘kerenah’ pelajar sendiri yang lewat tiba dan tidak memiliki visa.

Atase Pendidikan (Akademik) JPMK, Khairi Jalalludin berkata, memang banyak faktor menyebabkan insiden terbabit malah pelajar juga boleh dipersalahkan kerana pihak mereka yang lewat menyerahkan fail. “Ketibaan mereka tidak seragam, dengan sesetengahnya datang selepas tarikh ditetapkan iaitu selepas 30 Oktober tahun lalu.

“Di kalangan mereka ada juga yang tidak memiliki visa belajar seperti disyaratkan dan hanya menggunakan visa untuk tempoh sementara, malah ada pihak mewakili pelajar lambat menyerahkan fail. “Masalah tiada keseragaman ini sudah lama berlaku sebenarnya, namun ketika era Syeikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, pelajar yang lewat datang dan tiada visa masih dibenarkan menduduki peperiksaan. “Tetapi apabila Syeikh Al-Azhar yang baru iaitu Syeikh Dr Ahmad Tayyib, beliau begitu tegas dalam menguatkuasakan peraturan. Pelajar lewat dan tiada visa sama sekali tidak dibenarkan menduduki peperiksaan,” katanya. Insiden itu membabitkan 143 pelajar baru. Akibatnya, pelajar terbabit hanya dibenarkan menduduki peperiksaan yang dijadualkan Julai depan. Khairi berkata, persatuan pelajar Malaysia di Mesir tidak wajar menuding jari kepada pihak JPMK sahaja, terutama terhadap dirinya secara peribadi.


“Janganlah menyalahkan satu pihak saja. Masalah ini berlaku sudah lama, sedangkan saya datang berkhidmat di Mesir mulai 20 Januari lalu. Jadi, saya tersepit dan saya mewarisi masalah sebelum ini. “Bahkan, tidak wajarlah sekiranya ada pihak menuduh kami memberi tumpuan pada satu pihak saja, sedangkan semuanya kami kena lihat dan jaga.

“Soal pekeliling mengenai peraturan baru ini, ia bukannya ditampal dan diberikan secara automatik, sebaliknya kami kena minta. Itupun selepas beberapa kali berurusan baru dapat, kerana orang Arab ini lain sedikit, kena disusuli beberapa kali,” katanya. Menurutnya, pelajar juga perlu memahami syarat kemasukan ke Ma’had Qiraat lebih ketat, sehingga memerlukan visa yang sah dan laporan pemeriksaan perubatan, berbanding ketetapan di Universiti Al-Azhar yang agak longgar.

“Ini kerana Ma’had Qiraat bukanlah setaraf universiti, sebaliknya pusat pengajian tinggi manakala sijil dikeluarkan kalau diikutkan di sini tarafnya bukanlah sama dengan ijazah sarjana muda, namun di negara kita ia diiktiraf setaraf ijazah, sedangkan selayaknya ialah sijil tinggi,” katanya.

1 comments:

IBU TUTI TKI SINGAPUR on August 7, 2016 at 7:19 AM said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal