06 May 2010

Khairi Putar Belit Tentang Janji Manisnya

Cuba tengok dalam blog Atase Akademik, post yang menceritakan tentang kenyataan rasmi disiarkan pada 5 Mei, jam 11.05 malam. Ternyata satu helah semata-mata konon ingin membuktikan beliau menepati janji. Sila lihat gambarajah di bawah..

Blog Atase menulis pada 5 Mei..


Dan disiarkan pada 11.05 malam


Tapi, dalam blog JPMK menyebut 6 Mei 5.51 pagi

Persoalan : Siapa yang siarkan dahulu? JPMK atau Khairi?
Bagaimana Khairi boleh meletakkan "link" sebelum
web JPMK menyiarkannya?


Ternyata, Khairi telah mengubah tarikh tersebut daripada 6 Mei, kepada 5 Mei bertujuan mengaburi mata pembaca, mengatakan kononnya beliau menepati janji. Persoalan di sini ialah di manakah keprofessionalan beliau? Ternyata beliau jenis putar belit cerita. Kita akan saksikan lebih banyak putar belit yang dilakukan olehnya selepas ini.

Timbul persoalan lagi, apa perlunya beliau memutar belit? Ya, hakikatnya memang JPMK akan menyiarkan kenyataan rasmi "setelah" selesai majlis Solat Hajat dan Menjawab Isu Semasa yang diadakan semalam (5 Mei). Kerana laporan yang beliau siarkan ini, kononnya bertujuan menjawab apa yang dibentangkan oleh PMRAM.

Bahkan, cerita putar belit beliau ini, tidak dapat didedahkan oleh PMRAM semalam, disebabkan ia belum disiarkan. Ini kerana, mereka merancang supaya cerita putar belit ini gagal disampaikan kepada umum. Hakikatnya Khairi memang putar belit..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

ahmad hisyam on May 6, 2010 at 5:56 PM said...

ye la.. si Khairi ni menipu. Jelas2 kantoi.

Hari tu cakap en.zul yg akn kluarkn kenyataan. Dia yg kuar dulu.

Dah la tajuk di Laman JPMK lain ngan BLOG Si Khairi ni.

Nak tipu org pon agak2 la khairi woi..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal