21 May 2010

Mahasiswa "Rice Cooker" Yang Menggadaikan Maruah - Abezuh


sumber : Abezuh (link)

Baru-baru ini ketika posting Di Mana Suara Mahasiswa Yang Berintegriti, ada individu yang menyuarakan persoalan dan agak kurang bersetuju. Katanya, dalam konteks dakwah ada metode dan manhajnya yang perlu dijaga dan jangan sehingga menyebabkan kesusahan pada orang yang didakwah tersebut.

Ya, betul...perkara tersebut tidak dinafikan. maybe individu tersebut salah faham tafsiran akan posting saya sebelum ini. Apabila kita bangkit menyatakan suara di dalam membawa kebenaran bukanlah bermaksud demontrasi secara membuta tuli tanpa ada sebarang perancang bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Namun situasi sekarang yang berlaku, langsung tiada perancangan bahkan hanya menjadi periuk nasi sendiri. Inilah yang dipanggil sebagai Mahasiswa Rice Cooker. Lebih memalukan lagi dan kesal apabila diri ditindas dan maruah dicalar, hanya diam seolah-oleh 'anak dara" tanpa sebarang reaksi.

Satu kalam ulama : Barangsiapa yang sespatutnya marah akan sesuatu perkara (yang harus / mesti marah), namun hanya senyap membisu, mereka seakan-akan keldai.

Lihat betapa pentingnya dan mahalnya sebuah maruah. Namun ke mana maruah yang dimiliki oleh Mahasiswa Rice Cooker yang menjaga kepentingan peribadi sehingga maruah dan hak yang dituntut oleh Islam disepahkan begitu sahaja.

Isu maruah bukanlah suatu perkara yang kecil dan enteng, dalam Islam Dharurat Al-Khams juga memberikan penekanan terhadap maruah maruah. Perkara pokok yang mesti dipertahankan. Perbahasan ulama dan semua bersepakat maruah wajib dipertahankan walaupun terpaksa membunuh sekiranya tiada jalan yang lain, terpaksa dan bukan pilihan secara sengaja. Justeru, jalan mana lagi yang Mahasiswa "Rice Cooker" ini hujahkan?

Baitul Maqdis, maruah dan hak ke atas umat Islam yang telah dirampas sejak puluhan tahun. bahkan saling bertukar tangan semenjak dahulu lagi. dan Umat Islam tidak pernah undur di dalam perjuangkan dan merampas kembali maruah dan hak tersebut. sehingga Panglima Solehuddin Al-Ayubi menyebut bahawa barangsiapa yang menguasai Baitul Maqdis maka dialah yang akan berkuasa. Jelas, kini siapa yang menguasai Baitul Maqdis? Satu tempat yang suci yang menjadi pertelingkahan di antara umat Islam dan Yahudi bagi merebut maruah dan hak. Golongan yang tidak mempunyai maruah dan hak merupakan golongan yang ditindas dan lemah.

Sebelum ini saya juga ada menulis bahawa, tidak ada lagi satu catatan sejarah bermula zaman Nabi Adam sehingga kini bahawa orang yang ikhlas berjuang yang mati kebuluran ekoran disekat kewangan dan dihalau daripada tempat tinggalnya. Langsung tidak ada bahkan pasti tidak ada, kerana janji Allah bahawa Allah sahaja Pelindung bagi orang Islam, bukan material atau manusia yang mempunyai pangkat dan kuasa duniawi.

Apa yang dikesalkan ialah politik dakwah yang diperkatakan di dalam berhadapan cekaman kezaliman, hanya alasan semata-mata. Kekuatan tiada dibina, roh Islam yang syumul semakin kecut, pejuang yang ikhlas seakan-akan tiada, maka bagaimana kamu boleh nyatakan kamu sekarang dalam politik dakwah yang benar ketikan berhadapan dengan pencabulan maruah?

Bagi saya, perkara ini perlu dipandang serius. Di bimbangi generasi yang mendatang mangsa kepada kebaculan kita di masa sekarang dan akhirnya roh Islam yang syumul tidak dapat ditanam di dalam diri generasi mendatang...

p/s : Mengajak mahasiswa supaya bersuara pun ada yang tak setuju?.. Camna dengan mahasiswa kita ni?

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal