02 May 2010

Mohon Maaf, Sila Baca Artikel Ini Dengan Teliti..


Beberapa sahabat terkeliru apabila membaca beberapa artikel saya tentang Kuliah Ulum Islamiah. Terutamanya dari kalangan pelajar itu sendiri yang bermula pada sesi lepas lagi. Untuk makluman, saya tidak pernah berniat untuk menghujum sesiapa. Saya cuma menyatakan kaitannya dengan isu perpindahan muhafazah. Perkara ini akan saya jelaskan di bawah.

Pertama sekalinya, berkaitan dengan kekeliruan di dalam ayat saya tentang STAM di bawah

Tetapi persoalannya, kenapa terdapat peperiksaan "semula" setelah mereka cemerlang dalam STAM? Adakah ia akan berulang tahun hadapan? Bahkan, mereka yang gagal dalam peperiksaan tersebut (terlalu sedikit), dikira tidak lulus, dan ada sebahagiannya dimasukkan ke Kuliah Ulum Islamiah di Hayyu Sadis.

Saya tidak bermaksud mengatakan "peperiksaan tersebut" ialah STAM. Tetapi ia adalah "imtihan qabul" al Azhar. Ya, memang ada beberapa orang yang tidak lulus imtihan qabul al Azhar, dimasukkan ke Kuliah Ulum.. Ia adalah arahan dari al Azhar sendiri.

Saya juga tidak bermaksud untuk meragui kuliah ini. Cuma, saya meragui "sekiranya" semua mahasiswa wafidin dimasukkan ke dalam kuliah ini, berikutan isu perpindahan muhafazah.

Dan, kewujudan Kuliah Ulum ini, adalah persetujuan di antara Dato Zainal dan Syeikhul Azhar sekarang. Lalu saya menimbulkan persoalan "Adakah dalang disebalik perpindahan muhafazah ke Kaherah ini berpunca dari idea Dato Zainal?" Sekadar persoalan, kerana beliau terlibat dengan The World Association Of al Azhar Graduates yang menjadi penganjur Muktamar Wafidin di Mansurah pada 25 April lalu.

Persoalannya ialah "Adakah Dato Zainal terlibat dalam isu perpindahan?" dan ia tiada kaitan langsung dengan pelajar yang sudah sedia ada di Kuliah Ulum. Harap maklum. Mampukah Kuliah Ulum menampung lebih 10 000 mahasiswa wafidin di seluruh Mesir apabila mereka dipindahkan dari Muhafazah? Ini isunya.

WaLlahua'lam. Kita doakan agar mahasiswa di muhafazah tidak dipusatkan di Kaherah, dan kita doakan agar mereka kekal di muhafazah.

Dengan ini saya memohon maaf kepada semua mahasiswa yang sedia ada belajar di Kuliah Ulum Islamiah, atas beberapa kesilapan ayat yang telah saya lontarkan di dalam blog ini. Dan saya tidak bermaksud menyerang antum. Teruskan dengan kuliah antum yang sedia ada.

Saya juga mengempen untuk mahasiswa di Kuliah Ulum Islamiah. Jurusan yang anda duduki sekarang tiada sebarang masalah. Teruskan. Memang Kuliah Ulum yang ada sekarang sudah ada MOU di antara al Azhar dan Dato Duta sebelum ini. Cuma, apa yang saya tulis hanyalah berkaitan dengan isu perpindahan muhafazah untuk dipusatkan di Kuliah Ulum.. Itu sahaja.

WaLlahua'lam.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

2 comments:

AiMaN KiSaH on May 3, 2010 at 5:08 PM said...

salam...untuk pengetahuan saudara, pelajar2 muhafazah tidak akan dimasukkan ke kuliah ulum islamiah...maklumat ini disampaikan sendiri oleh 'amid kuliah ulum islamiah, Dr Zakaria An-Nuti...
Yang sebenarnya,jika ditakdirkan akan berlaku perpindahan, mereka akan kekal dengan kuliah mereka sekarang...
selamat berjuang mempertahankan hak mahasiswa al-azhari...
Terima Kasih!!

AiMaN KiSaH on May 3, 2010 at 8:27 PM said...

salam..terima kasih atas pengakuan yang jujur tu..
ana just nak minta maaf semalam..sbbnye ana tulis dalam keadaan yang marah dan tak puas hati..itu yang bahasa ana pun macam kasar sikit..cuma satu la,xperlu la risau pasal perpindahan tu..xbetul pun..
salam...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal