02 May 2010

Pengerusi Hisbah : Jom Bekerjasama Dengan Kami


Alhamdulillah marilah sama-sama kita tuturkan lafaz kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kita kehidupan yang sempurna didunia yang fana ini.Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad Sallahu A’laihi Wassalam nabi sekalian alam.Utusan Allah yang telah memberikan kepada kita ilmu dan pengajaran didalam menjalankan aktiviti seharian dan juga menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

Operasi pencegahan maksiat adalah salah satu tuntutan agama berdasarkan konsep amar makruf nahi munkar. Maka sepatutnya ia akan mendatangkan pahala kepada sesiapa yg terlibat dalam operasi berkenaan. Tetapi, untuk mendapatkan pahala daripada Allah, sesuatu ibadat itu perlu mengikut segala syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah mungkin sebaliknya membebankan kita dengan dosa-dosa.

Maksud firman Allah swt :

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka adalah orang yang yang berjaya". Surah Ali 'Imran, ayat 104.

Saya pada tahun ini ditaklifkan oleh pihak PMRAM pusat untuk memegang Ketua Hisbah Pusat yang berkuatkuasa selepas daripada muktamar PMRAM kali yang ke 77.Di saat ini kita melihat peranan Unit Hisbah semakin besar oleh kerana banyak perkara-perkara maksiat yang telah berlaku yang melangkaui tahap merbahaya.

Baru-baru ini pihak Unit Hisbah peringkat pusat telah mengadakan mesyuarat kali pertama selepas daripada pelantikan. Didalam perbincangan tersebut pihak Unit Hisbah telah mengariskan empat factor utama dalam memperkasakan Unit Hisbah diperingkat pusat mahupun cawangan. Antara empat faKtor yang menjadi garis panduan untuk pembawakan pada tahun ini ialah :-

1. Tenaga Pengerak
2. Penerangan Hisbah dan Dakwah
3. Kewangan Unit Hisbah
4. Operasi bersepadu

Kempat-empat faKtor ini perlu dititik berat oleh semua Unit Hisbah peringkat pusat dan juga cawangan demi untuk menjalankan gerak kerja yang lebih teratur dan dinamik.

Berbalik kepada usul Muktamar PMRAM baru-baru ini, yang berbunyi :

“Menggempur gerak kerja Hisbah dalam membanteras gejala sosial dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir melalui tindakan berikut :-

Pertama : Menggesa pihak berwajib terutamanya JPMK dan KBMK untuk bertindak dengan lebih serius.

Kedua : Mewajibkan skuad penguatkuasa hisbah di setiap peringkat PMRAM pusat dan cawangan”.

Usul tersebut telah dibawa oleh Saudara Shahrizan Mohd Hazime Presiden PMRAM dan telah diterima secara bulat oleh semua perwakilan dengan perbahasan yang panjang.Disini kita lihat usul adalah perkara yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.Memandangkan usul ini menitik beratkan soal Hisbah,maka saya berharap kepada semua Pimpinan dan juga Jawatankuasa Hisbah peringkat pusat mahupun cawangan dapat melaksanakan tugas dengan berhemah dan penuh tangungjawab agar kita sama-sama dapat merialisasikan tema Hisbah "AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR" dan juga PMRAM "MANTAPKAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH".

Diakhir kata saya menyeru kepada semua warga Malaysia yang menetap dibumi Mesir agar sama-sama kita dapat memberikan kerjasama dengan baik kepada Unit Hisbah dan dapat menjaga keselamatan memandangkan sejak kebelakangan ini banyak kes-kes cabul, mencuri dan lain-lain berlaku. Jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sila laporkan kepada pihak Hisbah pusat ataupun cawangan dan Presiden PMRAM agar perkara ini dapat dibendung dengan sempurna insya Allah.

Saya juga berharap kepada semua Mahasiswi dapat menggunakan khidmat musrif yang telah disediakan oleh pihak BKAN dan DPM.Jagalah diri agar kita tidak terlibat dengan perbuatan-perbuatan mungkar yang boleh membawa kita ke alam yang hina. Jangan jadikan bumi barokah ini tempat bermadu asmara dan membuat perkara yang dilarang oleh agama kita Islam.Ayuh banagkitlah sama-sama kita bergerak untuk merialisasikan impian kita ” Negara Yang Baik Mendapat Keampunan Allah”.

Semoga kewujudan unit Hisbah ini dapat membantu individu-individu yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) khususnya dan pelajar Malaysia amnya menerapkan tuntutan nilai Ihsan dalam diri mereka sepanjang tempoh mereka menuntut ilmu lantas mengahasilkan suasana landskap biah solehah yang di citakan di bumi mesir ini. Sekian, terima kasih.

"AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR" "MANTAPKAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH".

(MAJDI BIN ZAKARIA)
KETUA HISBAH PMRAM 2010

1 comments:

Hanin on May 4, 2010 at 11:08 AM said...

salam...perkembangan yang sangat baik.xsabar nak join hisbah.bila nak edar borang?

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal