05 May 2010

Perjumpaan Bersama Mahasiswi Di Mansurah 2 Petang Tadi


Pada jam 2 petang tadi, di Dewan Persada Jazirah al Ward, PMRAM Cawangan Mansurah telah mengadakan perjumpaan bersama mahasiswa untuk mengumpul tandatangan, dan berusaha untuk membuat jawatankuasa khas sepertimana yang telah dibuat oleh Mahasiswa Tahun 1 Syoubra.

Perjumpaan tersebut telah diketuai oleh Pengerusi Mansurah sendiri, Ustaz Amirul, dan seramai 3 orang AJK HEWI PMRAM turut menghadiri perjumpaan tersebut, mereka ialah :

1. Naib Pengerusi HEWI 1 (Ketua Unit Perancang Dan Panitia), Ustazah Ibtisam binti Mohamad

2. Naib Pengerusi HEWI 3 (Ketua Unit Muhafazah), Ustazah Samihah binti Abdullah

3. Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan, Ustazah Noor Akmaizan binti Yusof

Di dalam perjumpaan tersebut, beberapa aduan diterima, ada yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka meminta supaya mereka pulang sahaja ke Malaysia kerana kepayahan untuk menyambung pengajian.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menitiskan air mata mengenangkan nasib mereka di bumi Mesir. Dalam masa yang sama, JPMK boleh lagi melengah-lengahkan tugasnya, sambil berdalih itu dan ini. Kemudian, sibuk berpolitik.

Bayangkan, mereka yang tiba di sini dalam keadaan diakui dan disahkan oleh pusat pengajian masing-masing di Malaysia. Tetapi, apabila diberi kelayakan untuk sambung ke Mesir, JPMK di sini pulak menyusahkan. Inikah perkhidmatan cemerlang 2010 yang dijanjikan itu?

Saya dimaklumkan juga, selepas Asar ini, sebanyak 5 buah tramco dari Mansurah akan bertolak ke Kaherah bagi menghadiri program Solat Hajat dan Menjawab Isu Semasa pada malam ini, yang diadakan di Dataran Hayyu Asyir.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal