08 May 2010

Perubatan Jayakan Kempen LifeLine4Gaza


sumber : perubatan.org (link)

WARGA PERUBATAN WARGA PRIHATIN

Syabas dan tahniah saya ucapkan untuk seluruh warga PERUBATAN yang telah menderma dan menyalurkan sumbangan fikiran, tenaga dan wang ringgit anda dalam membantu saudara-saudara kita di Palestin. Di kala kita sibuk dalam mempersiapkan diri dalam menghadapi jihad kita menempuh peperiksaan, Alhamdulillah kita masih dikurniakan akal fikiran dan perasaan kasih yang sungguh mendalam terhadap saudara kita yang diuji oleh Allah dengan ujian yang tentunya lebih dahsyat daripada kita di sini, setiap detik menghitung waktu dan memikirkan masa depan yang tidak tentu cerahnya.

Dengan jumlah kutipan mencecah LE200,000 dalam tempoh seminggu membuktikan warga PERUBATAN adalah warga yang pengasih, mengambil berat hal ehwal semasa saudaranya, dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa demi untuk agama yang kita cintai ini.

TAHNIAH DAN SYABAS

Saya bagi pihak seluruh pimpinan AJKT PERUBATAN Pusat cukup terharu dan gembira atas sumbangan ini. Syabas dan juga tahniah kepada seluruh warga kerja kempen LifeLine4 Gaza yang telah dilancarkan seluruh Mesir atas keringat yang telah kalian curahkan. Kejayaan kutipan sumbangan ini sekaligus membuktikan bahawa PERUBATAN mampu melahirkan graduan ilmuan yang pastinya akan berbakti kepada masyarakat dan ummah, dan ini seterusnya membangkitkan semangat para pimpinan untuk terus merangka aktiviti-aktiviti yang mampu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang pencapaian akademiknya, malah cemerlang juga penampilan wataknya sebagai pengamal perubatan yang ikhlas berbakti kepada ummah tercinta.

Teruskan berdoa agar sahabat kita di Palestin terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk menegakkan kalimah Allah di tanah suci Palestin, dan juga tentera kafir laknatullah itu dihancurkan kekuatan dan dipecahbelahkan kekuatan mereka menghadapi gerombolan jihad pejuang Islam yang benar-benar ikhlas berjuang untuk agama Islam yang tercinta ini.

HARAPAN DAN SARANAN

Harapan saya untuk seluruh warga PERUBATAN untuk terus menjadikan agenda cakna dan mengambil berat akan nasib saudara seagama kita di seluruh dunia adalah suatu agenda yang penting dalam menentukan halatuju dan masa depan anda, kerana dengan ummah kita akan berhadapan kelak di samping kita terus berdampingan dengan PERUBATAN agar kita mampu menyalurkan sumbangan kita dengan satu kekuatan yang sangat digeruni oleh musuh ISLAM, ialtu melalui kekuatan KESATUAN yang ada pada PERUBATAN.

ILMUAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI

MUHAMMAD HUSAINI BIN SALEH
PRESIDEN,
PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA-MESIR
PERUBATAN 2010/2011

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal