08 May 2010

Mana Pergi RM 10 000 Wang Kebajikan Untuk Sebuah BKAN


Setiap tahun, kebanyakan Majlis Agama setiap negeri akan membayar RM 10 000 untuk kebajikan rakyat negeri tersebut yang belajar di luar negara. Alhamdulillah, perkara ini sudah diketahui oleh semua pimpinan BKAN, dan ia telah dibangkitkan dalam perjumpaan BP PMRAM, YDP BKAN bersama En Saiful, Kuasa Usaha Sementara, pada 4 Mei lalu.

Masalah yang dihadapi oleh BKAN ialah kesukaran untuk mendapatkan wang RM 10 000 itu, yang merupakan wang kebajikan untuk mahasiswa. Antara kes yang terjadi, apabila BKAN Pulau Pinang (pada sesi lepas) telah berulang kali menemui En Zainuddin, Pegawai JPMK yang menguruskan item ini.

Pertemuan kali pertama, Pegawai JPMK meminta untuk menyerahkan resit pembayaran setiap urusan hospital. Masalah yang dihadapi ialah tidak semua hospital di sini (Mesir) mengeluarkan resit, dalam perkara-perkara yang kecil.

a. Contohnya, pesakit lelah, setiap minggu terpaksa ke Hospital, dan setiap minggu juga wang mereka akan "dikapak" oleh hospital tersebut. Jenuh kalau nak kumpul kesemuanya, dan mengklim daripada JPMK, kerana bukan semuanya ada resit. Bahkan, proses ini akan berterusan, entah sampai bila nak kumpul resit tersebut.

b. Contoh yang lain, tambang teksi ulang alik, ubat-ubatan yang dibeli sedikit demi sedikit, agak sukar untuk mendapatkan resit. Kemudian nak dikumpul, lagi la jenuh.. Lalu pendekatan yang diambil oleh BKAN Pulau Pinang sesi lepas ialah membuat senarai harga di dalam satu Surat Rasmi dari BKAN untuk menuntutnya di pihak JPMK.

Malang sekali, Surat Rasmi daripada BKAN pun tidak diperakui. Aih.. Lalu apabila masalah mendapatkan resit satu persatu ini diceritakan, maka En Zainuddin menyuruh supaya menghubungi JPMK setiap kali berurusan dengan hospital.

Memang susah! Kadang-kadang sakit tengah malam buta, pulak tu kena ulang-alik.. Perlukah menghubungi JPMK setiap kali urusan ini? Yang sakit pulak, bukan seorang dua,.. rakyat Malaysia kat sini ramai..

Maka, hasilnya wang tersebut masih tidak dapat dituntut sehingga sekarang. RM 10 000 sesi lepas masih belum dapat diusik oleh BKAN Pulau Pinang. Saya yakin, BKAN-BKAN lain pun menghadapi masalah yang sama.

Pernah dikatakan, kalau bersalin dengan cara pembedahan, akan ditanggung bayaran tersebut. Tetapi kalau bersalin normal, tidak akan ditanggung, kerana ia adalah semulajadi.. Adoi.. Tetapi, pernah beberapa kes yang terjadi, bersalin secara pembedahan pun masih tidak dapat mengklim wang tersebut daripada JPMK.

Alhamdulillah, susulan daripada perjumpaan dengan En Saiful tersebut, beliau memberitahu bahawa "BKAN memang berhak menuntut wang tersebut, kerana ia bukan milik JPMK"... dan beliau meminta supaya sebarang surat tuntutan bayaran, boleh diberikan terus kepadanya kemudian beliau akan menyuruh pihak JPMK menguruskannya.

Dan saya ingatkan juga, kebanyakan Majlis Agama setiap negeri akan membayar RM 10 000 kepada JPMK. Bayangkan sekiranya terdapat 10 Majlis Agama yang berbuat demikian, pastinya dalam setahun JPMK akan memiliki sebanyak RM 100 000.

Kemudian, berapa sen kah yang mereka telah keluarkan untuk membayar wang kebajikan ini? Adakah mencecah RM 10 000? Atau bawah daripada RM 2000? Maka, di manakah baki simpanannya? Sedangkan wang itu untuk kebajikan pelajar, bukan kebajikan pegawai JPMK.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal