04 May 2010

Simpati Dari Jordan Terhadap Isu Mahasiswa Mesir


Sebuah artikel yang saya petik dari blog Hasan Husaini, Panelis yang bersama dengan saya ketika menjadi wakil PMRAM ke Syria pada 3 Mac lalu. Sila klik di sini untuk melihat gambar ketika majlis tersebut. Beliau menukilkan di dalam blognya (link) :

Purnama demi purnama berlalu. Bumi Kinanah bercahaya. Namun isinya kian hari diselami kelam dan gelap. Isu pendaftaran nama belum lagi selesai. Timbul pula isu perpindahan dari Mansurah ke Kaherah. Belum selesai satu isu, timbul pula isu lain.

Diari perkenalan dengan Bumi Kinanah itu bermula dengan isu pembacaan kutub Sittah. Seterusnya diziarahi pula dengan isu-isu yang menjerut kehidupan seharian mereka. Isu fitnah pegawai Safarah juga datang membelit.

Saya di Jordan cukup simpati dengan sahabat-sahabat di Bumi Kinanah itu. Terlupa bahawa sendiri terhimpit bila mengenangkan himpitan mereka lebih teruk dan tragis.

Terbayang, bagaimana perasaan ibubapa miskin yang telah bergadai ribuan ringgit untuk menjamin keselesaan anak-anak mereka menuntut ilmu. Namun hasrat itu tergantung di tengah jalan. Proses paling ringkas untuk meneruskan pengajian masih belum berjaya. Entah siapa yang harus dipersalahkan. Pendaftaran pelajar belum terlaksana. Nama para pelajar tahun satu belum dimasukkan dalam senarai pelajar Maahad Qiraat Shoubra.

JPMK telah memalukan namanya di bumi ini.. Wahai Jabatan Penuntut Malaysia di negara-negara lain, lihatlah betapa teruknya pengurusan JPMK di sini! Menyusahkan pelajar, bahkan tidak professional dalam bekerja. Kesal!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

hasanhusaini on May 4, 2010 at 7:02 PM said...

Simpati malah empati dari kami kepada sahabat seakidah di Bumi Kinanah..Doa kami akan senantiasa mengiringi perjuangan kalian...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal