20 May 2010

Warna Kuning : Gelombang Dana Syaqah


sumber : Abezuh (link)

Teringat semasa ditaklifkan sebagai Naib Presiden III PMRAM merangkap Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan, satu misi yang sangat besar namun terkandas di bawah sesi saya yang lepas (huhuhu).. beberapa benda yang mungkin sahabat-sahabat kurang perasan apa yang telah dilakukan oleh Unit dana Syaqah bagi memastikan kelangsungan Misi Syaqah PMRAM sehingga berjaya.

Di sini biarlah saya nyatakan, agar sama-sama kita akan terus memperjuangkannya di bawah Naib Presiden III PMRAM 2010, BP Farkhan.

Perkara tersebut ialah :

1) nama bagi ''Misi Syaqah PMRAM''

pada awal usul diperkenalkan iaitu pada 2006, ia hanya diperkenalkan dengan Dana Syaqah PMRAM iaitu bagi kita sama-sama mengerah tenaga mengumpulkan LE 1.5 juta untuk membeli 2 syaqah PMRAM bagi dewan dan operasi pejabat. Namun pada tahun 2009, istilah ini sengaja ditukar kepada Misi Syaqah PMRAM kerana memandangkan apa yang penting ialah syaqah bukanlah nilaian LE 1.5 juta.

Walaupun begitu nilaian tersebut dijadikan sasaran dalam melengkapkan misi yang dibawa. Maksudnya, untuk misi ini apa yang penting ialah memiliki paling minima sebuah syaqah untuk pejabat PMRAM. Hal ini kerana bagi mereka yang biasa dengan kewangan, pengurusan untuk mendapatkan LE 1.5 juta dalam tempoh yang terdekat akan menyebabkan terhalang berikut secara logik akal dan pengalaman sudah dijadikan sebagai iktibar. Justeru, apa yang penting ialah SYAQAH.

2) ARMA dan kaitan dengan Misi Syaqah PMRAM

kalau dilihat pada banner Misi Syaqah PMRRAM, fakta di dalam pamplet dan penerangan di dalam Road Show, kesemuanya dikaitkan dengan ARMA. Hal ini bagi menunjukkan kehilangan HAK ISTIMEWA di ANJUNG ARMA menyebabkan PMRAM terpaksa mengabiskan sekitar hampir LE 30 ribu semata-mata membayar sewa bulanan pejabat yang disewa sekarang. Apa yang ingin ditekankan ialah pengusiran tersebut merupakan suatu kezaliman ke atas PMRAM dan bayangkan PMRAM dizalimi dengan membayar lebih LE 20 ribu untuk sewa pejabat. itu nilai setahun. bayangkan kini sudah masuk tahun ke 18..justeru berapa ratusan ribu PMRAM telah dizalimi ekoran HAK ISTIMEWA di ANJUNG ARMA dinafikan..namun ramai yang tidak cakna dan memahami...

3) Warna Kuning

Asal t-shirt Misi Syaqah PMRAM berwarna kuning ialah mengambil aura gelombang bersih yang dilakukan di Malaysia. Dengan harapan warna kuning akan menjadi gelombang rasmi bagi sama-sama menaikkan sensitiviti Misi Syaqah PMRAM. Bayangkan sekiranya terdapat lebih seribu ahli yang memakai t-shirt kuning tersebut, bukanlah ia menampakkan suatu kekuatan bagi menjayakan Misi Syaqah..Ayuh penuhi kaherah ini dengan warna KUNING...

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal