18 May 2010

Ziarah Maqam - Petua Mengurangkan Tension Dan Serabut


Suka untuk saya berkongsi di sini, tentang satu kaedah yang "agak mujarab" untuk menghilangkan tension yang telah saya amalkan selama 4 tahun di bumi Mesir. Alhamdulillah, sedikit sebanyak kaedah ini dapat mengurangkan tension ketika musim peperiksaan, atau dalam keadaan tension dengan timbunan kerja.

Cara tersebut ialah "Ziarah Maqam". Ya, di Mesir ini memang banyak maqam yang boleh diziarahi. Ketika menziarahi tersebut, cuba kenang kembali perjuangan ulama tersebut dalam menyebarkan Islam, khususnya di bumi Mesir.

Antara maqam yang paling kerap saya lawati ialah Maqam Syeikh Badruddin al Aini dan al Qastallani yang terletak betul-betul di belakang al Azhar. Keluar dari pintu belakang Universiti al Azhar, kona kanan.. kemudian straight sehingga nampak sebuah pintu. Di dalam bangunnan lama ini, terdapat sebuah surau dan di sebelahnya adalah maqam kedua-dua ulama ini, yang berada di dalam satu bilik.

Nampak agak berhabuk dan habuk-habuk inilah yang mendoakan kedua-dua orang Syeikh ini. Mereka berdua adalah di antara pensyarah kitab Shahih Bukhari yang terkenal, selain daripada Ibnu Hajar al Asqolani.

Selain itu, maqam yang biasa saya pergi ialah Maqam Imam Syafie yang terletak di Sayyidah Aisyah. Ramai yang sudah kenal kedudukannya. Bertolak di Sayyidah Aisyah, dengan menggunakan Bas 912, kemudian turun di sana, dan naik tramco pula untuk ke maqam.

Di sekitar kawasan ini cukup banyak maqam, antaranya maqam Imam Wakie', Ibnu Hajar al Asqolani, Imam Laith dan sebagainya. Tempat yang cukup makruf.

Maqam ketiga yang biasa saya lawati ialah Maqam Imam Sayuti yang terletak berhampiran jalan besar di Sayyidah Aisyah. Cuma, jarang sekali dapat masuk ke dalamnya. Cukup sekadar berada di luar, dan mengenangkan perjuangan Imam Sayuti menyebarkan Islam. Beliau antara pengarang kitab yang terbanyak. Semua kitab karangan beliau boleh dilihat di dalam kitab Husnul Muhadharah Fi Akhbari Misra Wal Qahirah, karangan beliau sendiri.

Tidak ketinggalan, maqam Syeikh Soleh Ja'fari yang cukup masyhur, di antara ulama al Azhar yang terletak berhadapan dengan Stesen Bas Darrasah. Untuk mengetahui lokasi maqam yang terdapat di bumi Mesir dengan lebih terperinci, sila hubungi Ustaz Malik mantan BP PMRAM..

Semoga petua ini dapat membantu para sahabat menduduki peperiksaan. Bittaufiq.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal