11 June 2010

Forum Kerjasama Turki-Arab Kecam Israel



Sebuah forum kerjasama antara Turki dan Arab yang telah diadakan kali ketiga berakhir semalam dengan mempastikan kepentingan wujudnya penyelarasan antara Turki dengan Negara-negara Arab dalam setiap forum antarabangsa bagi menjamin sekatan ke atas Gaza dibebaskan.

Resolusi penutup forum tersebut yang berlangsung di Istanbul menyentuh perkembangan dan kedudukan di Timur Tengah mengenai beberapa permasalahan antarabangsa dan serantau, terutamanya permasalahan Palestin dengan Israel.

Forum tersebut disertai wakil-wakil dari 21 buah Negara Arab.

Ahmet Davutoğlu, Menteri Luar Turki ketika memberikan ucapan semasa pembukaan forum menyatakan Menteri-menteri luar Arab mengungkapkan kutukan ke atas serangan yang menimpa armada pembebasan. Beliau turut menyatakan, Menteri-menteri luar Arab memberi sokongan kepada permintaan Turki bagi menubuhkan panel siasatan antarabangsa berhubung serangan Israel.

Amr Moussa, Setiausaha Agung Liga Arab(laman rasmi) yang juga menyertai forum itu menuduh Israel yang masih meneruskan kegiatan jahat dan sengaja menimbulkan permusuhan dengan melanggar hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa. Beliau amat berharap Turki dapat menghadang tindakan-tindakan Israel selepas kejadian ke atas armada pembebasan. Amr Moussa juga mengungkapkan pendirian-pendirian Turki ke atas dunia Arab seumpama nilai-nilai tambah.

Para wakil Negara-negara Arab melahirkan rasa bimbang dengan apa yang dilakukan Israel di rantau Timur Tengah, malah para wakil tersebut menggesa Israel menghentikan projek-projek penempatan walau dengan apa cara sekalipun bentuknya. Tambahan lagi, para wakil-wakil mendesak Palestin agar segera membaik pulih hubungan sesama sendiri melalui usaha-usaha Mesir yang mendapat sokongan Arab.

Mengenai isu nuklear, para wakil-wakil turut mengakui kebimbangan penularan senjata nuklear malah wakil-wakil Negara Arab menyokong pembentukan rantau Timur tengah bebas dari senjata nuklear dan senjata pemusnah. Malah turut ditegaskan bahawa pentingnya Israel digabungkan dalam perjanjian penularan senjata nuklear.

Demikian itu, perlu mengikuti perkembangan secara menerus mengenai rundingan antara Iran dengan Negara terbabit(G6) dan perlu menyelesaikan isu nuklear melalui jalan diplomasi.

Nafi cenderung ke Timur

Forum kerjasama itu juga mempastikan bahawa perlu kepada pengukukan kerjasama ekonomi antara Turki dengan Negara-negara Arab yang akan dilihat dalam pertemuan ekonomi Arab-Turki kali kelima pada 10 dan 11 Julai 2010 di Istanbul.

Sementara itu, turut dialu-alukan menandatangani perjanjian perdagangan bebas antara Turki dengan Mesir, Jordan, Maghribi, Syria, Palestin dan Tunisia. Begitu juga dengan pengesahan pembatalan visa masuk ke Negara-negara, antara Turki, Lubnan, Syria dan Jordan.

Berikutan anjakan dari perkara-perkara sedemikian, sebahagian dari penganalisis menyatakan bahawa Turki beralih ke arah membangunkan semula hubungan sejarah dengan kawasan-kawasan yang bekas dari empayar Uthmaniah. Khasnya setelah ucapan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan di hadapan pertemuan ekonomi. Beliau berkata, "Sesungguhnya Turki tidak dapat hidup tanpa Arab...Arab adalah mata kiri dan kanan Turki".

Bagaimanapun Erdogan yang mengumumkan penubuhan kawasan perdagangan bebas dengan tiga buah Negara Arab, iaitu Syria, Lubnan dan Jordan menafikan sekeras-kerasnya keraguan yang mengatakan Turki mula cederung ke Timur. Namun, Erdogan menyatakan Negaranya patuh dengan usaha menjadi keanggotaan dalam Kesatuan Eropah(EU) tetapi beliau mendakwa sebahagian Negara Eropah bertungkus-lumus secara sulit bagi menggagalkan keanggotaannya ke dalam EU.

Sumber 11/06/2010, web berita Al-Jazeerah dan 10/06/2010, berita Al-Jazeerah

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal