08 June 2010

ISMA Malaysia Mengecam Israel, ISMA Mesir Bila Lagi?

Agak-agak.. Apakah Falsafah yang terdapat di sebalik gambar ini? (tiada kaitan dengan artikel)


Hari ini, saya membuka laman Web ISMA, alhamdulillah, baru tersiar kecaman terhadap serangan Israel yang telah ditulis oleh Ustaz Abdullah Zaik (link). Tapi, sepertimana yang telah saya sebutkan, saya tak menafikan kecaman ISMA Malaysia terhadap Israel.

Apa yang saya kelirukan ialah, di manakah suara ISMA Mesir sendiri dalam menegakkan pendirian ini? Takkan sekadar mengambil kalam rasmi daripada ISMA Malaysia. ISMA Malaysia sudah bersuara, ISMA Mesir bila lagi?

Saya yakin, ISMA Mesir bergerak atas nama mahasiswa Islam, dan gerakkan ia atas dasar itu. Sebelum ini telah berlaku perkara yang sama. Sudah bertimbun-timbun isu di Malaysia, sedangkan ISMA Mesir tidak mengeluarkan kenyataan apa-apa. Kata mahasiswa Islam...

Contohnya isu judi. Ya, ISMA Mesir perlu bangkit menentang isu lesen judi ini. Takkan nak bisu sahaja? Kita adalah mahasiswa Islam, yang belajar ilmu agama. Oh, Selama ini, saya melihat gaya pembawaan ISMA Mesir hanya berpijak di atas jalan yang selesa.

Iaitu, tidak terlibat dengan mana-mana kontroversi (pandangan saya). Tetapi sampai bila? Perjuangan ini tidak akan dihiasi dengan keselesaan. Mungkin untuk menjaga "maslahat jemaah". Tetapi apabila maksiat dilakukan terang-terangan, apakah kita hanya membisu?

Isu Hisbah di bumi Mesir sendiri. Sudah banyak kali saya persoalkan suara ISMA Mesir. Anda menyeru kepada kebaikan, tetapi jangan tinggalkan "mencegah kemungkaran". Saya yakin, anda pasti tahu dan faham bahawa perjuangan ini bukannya teori, tetapi praktikal.

Semoga artikel ini dilihat sebagai kritikan membina..

artikel sebelum ini (link)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal