12 June 2010

Israel Akan Mengebom Tempat Shalit Disembunyikan


Israel akan bom tempat yang disembunyikan Shalit - Abu Marzuq

Mini Pavilion PMRAM : 11 JUN 2010

BET LEHEM - Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menyatakan pihaknya menolak sebarang kunjungan atau lawatan yang mungkin diusahakan untuk melihat seorang tentera Israel, Gilad Shalit yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza.

Beliau berkata sedemikian dalam kenyataannya kepada agensi akhbar 'El-Hayat' London.

"Kami menolak sebarang permintaan untuk melawat Gilad Shalit kerana Semenanjung Gaza berada di bawah taklukan penjajah yang dikuasai kedaulatan rasmi Israel sama ada laut, darat dan udara",
ujar beliau.

Berikutan itu, beliau menyatakan Israel sentiasa mengawasi sebarang pergerakan di Gaza, boleh dikatakan semua pergerakan diintip. Seterusnya, kami tidak boleh mencuaikan Gaza(terdedah kepada bahaya).

Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS berkata lagi,
"Jika Israel tahu tempat di mana Shalit berada dan sekiranya Israel tidak boleh menyelamatkannya, maka Israel akan mengebom kawasan berkenaan". Jelas beliau, "HAMAS tidak akan menerima sebarang lawatan melihat Shalit kerana untuk menjaga keselamatan penduduk yang berada di kawasan berkenaan, malah juga untuk menjaga nyawa Shalit".

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa isu tawanan Shalit hanya berkait dengan isu tahanan Palestin dan tidak ada sangkut paut dengan isu-isu yang lain, sama ada sekatan atau selainnya meskipun dokumen tukarawan tawanan/tahanan dibekukan masa ini.

Berkenaan keadaan Shalit, beliau menjawab,
"Shalit mendapat hak-hak yang tidak dinikmati tahanan Palestin di penjara-penjara Israel"

Beliau menambah lagi,

"sudah tentu keadaan Shalit jauh lebih baik dan ruang itu tidak boleh dibandingkan".

Kenyataan ini menjawab laporan yang diterbitkan semalam oleh Al-Jazeerah mengenai sekatan ke atas Gaza akan dibebaskan kecuali dibenarkan Pertubuhan Palang Merah melawat Gilad Shalit yang ditawan semenjak tahun 2006.

Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman dalam kenyataannya,
"Mesti cakap dengan terus-terang bahawa syarat paling rendah untuk membuka sekatan ke atas Gaza adalah sepertimana membenarkan Pertubuhan Palang Merah mengatur lawatan melihat Gilad Shalit"

Tambah Lieberman,
"Selagimana syarat ini tidak dipenuhi, maka keadaan itu tidak wajar diubah"

Dalam kenyataannya pada hari Ahad yang lalu, Lieberman menyatakan kemungkinan apabila wakil Palang Merah dibenarkan melihat Shalit, maka laluan darat antara Gaza dengan Israel juga dibuka.

Tambahan lagi dari jurucakap rasmi HAMAS, Sami Abu Zuhri, berkata,
"isu Shalit hanya berkait dengan tahanan Palestin, penjajah sengaja mengaitkan isu sekatan dengan Shalit kerana cuba berusaha memesongkan usaha antarabangsa bagi memecahkan sekatan, namun kami percaya kenyataan ini(Lieberman) tidak berguna bahkan pergerakan dari peringkat antarabangsa dan masyarakat tempat akan berterusan sehinggalah semua bentuk sekatan dipecahkan"
.

Sumber 11/06/2010, web berita maannews.net dan 10/06/2010, web berita Al-Jazeerah


0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal