08 June 2010

Isu Tanta : Khairi Dinasihatkan Tidak Burukkan Nama JPMK


Susulan daripada "ayat-ayat Khairi" di dalam Facebook Dato Razali Ibrahim (link), saya dengan rasminya menyatakan kekesalan yang amat sangat dengan perangai beliau. Saya bertanya kembali, siapakah yang mengaku sebagai pegawai kedutaan? Perasan!

Saya bertanya lagi, yang Khairi pegi sibuk-sibuk dok tulis dalam Facebook tu kenapa? Adakah seorang jaguh JPMK dilihat hebat dalam Facebook? Ya, jaguh Facebook kembali mengarut dalam tempoh ini. Saya tertarik dengan "nasihat" beliau :

Pelajar al-Azhar dan Universiti2 di Mesir diminta kurangkan berfacebook, peperiksaan sedang berlangsung, harap tingkatkan penumpuan terhadap pelajaran berbanding hal-hal lain. Semoga keputusan lebih cemerlang dari peperiksaan lepas.


Saya juga ingin menasihatkan ayat yang sama,
"pegawai-pegawai JPMK diminta kurangkan berfacebook, terutamanya ketika bekerja. Harap tingkatkan penumpuan terhadap kerjaya dan amanah berbanding hal-hal lain (seperti sibuk dengan parti politik). Semoga visi dan misi JPMK tercapai.

Bertambah best apabila beliau cuba mengalih isu kepada "isu keselamatan" dengan mengatakan bahawa tiada sebarang enakmen untuk memaklumkan kepada Keselamatan Mesir. Walhal isu pertama tu belum jelas dan beliau masih lagi enggan berhadapan dengan umum.

Beliau hanya berani mencebik muka sambil berceloteh tentang PMRAM ketika bertugas. Semuanya telah diceritakan di dalam artikel sebelum ini (link). Dengan kata lain, saya hanya mengharapkan "professional" oleh seorang pegawai atase..

Saya agak kesal, apabila beliau sendiri telah memburukkan nama JPMK. Sorang buat hal, habis semua terpalit nama. Saya harap, beliau dihantar pulang secepat mungkin sebelum nama JPMK tercalar dan terpalit dengan masalah yang dilakukannya.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal