15 June 2010

Judi Halal Mengikut Perspektif Mahathir.. Pening


Sokongan kepada langkah kerajaan mengeluarakan lesen judi sukan semakin kedengaran -- hari ini daripada Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang berpendapat kerajaan mampu meraih hasil sehingga berjuta ringgit daripada lesen tersebut.

Presiden persatuan itu Datuk Dr Jacob George berkata, sebelum ini hasil tersebut hanya dinikmati oleh sindiket haram yang mengaut keuntungan sehingga berbilion ringgit daripada aktiviti pertaruhan haram tersebut.

Sokongan itu timbul berikutan seruan sama yang disuarakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang turut mengkritik golongan yang menimbulkan bantahan sebagai "bermotif politik".

"Pendapat kami, dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa, yang boleh disalurkan untuk membantu program kemasyarakatan dan aktiviti seluruh negara," katanya.

Dalam kenyataannya itu, George juga berkata, langkah itu akan membantu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan juga pulangan kepada kerajaan -- pada jumlah boleh mencecah "jutaan ringgit."

"Apa yang kerajaan sedang lakukan ialah meneliti satu situasi ekonomi yang sekiranya tidak dieksploitasi atau dikawal, boleh menjadi medan pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan maksiat, pengedaran dadah dan lebih banyak jenayah berat yang lain.

"Mengenai bantahan daripada pihak tertentu pula, kami berpendapat bahawa bantahan itu setakat ini hanyalah bermotifkan politik dan untuk keuntungan politik sahaja.

"Amat penting bagi kita untuk melihat isu ini daripada perspektif ekonomi, daripada melihat daripada kaca mata politik," katanya lagi.

4 comments:

FAHMI on June 16, 2010 at 12:43 AM said...

pemberian lesen JUDI walaupun mampu menjana semula ekonomi negara tetapi ia tetap dilarang oleh Allah.sbg seorang muslim, kita sepatutnya taat dan patuh perintah Allah ni..
tmbhn, perkara2 yg lebih buruk mgkn akan menimpa umat ini dsbbkn judi yg berleluasa.

however, 'kebanyakan' pembangkang di Malaysia yg mbangkang perkara ni hanyalah berunsurkn politik..nak menang PRU akan datang..cett..

Unknown on June 16, 2010 at 1:53 AM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on June 16, 2010 at 3:19 AM said...

salam..
membangkang lebih baik baik dari menyokong dan mendokong judi..walaupun madey mendakwa pihak pembangkang hanya membangkang krn unsur politik..namun malang bg kita sebagai seorang muslim kerana yg menyokong adalah org Islam yg mengetahui bhw judi adalah haram scr qat'ie..dan yg menentang adalah sdr Lim Guan Eng yg bkn beragama Islam..

http://misabah.blogspot.com/2010/06/pas-haramkan-semua-bentuk-perjudian.html

http://tuanibrahim.blogspot.com/2010/06/lembu-punya-susu-sapi-yang-dapat-nama.html

Mungkin selepas ini admin boleh jelaskan pula tentang penyaluran hasil judi ini kepada negara..adakah ianya dibenarkan syarak..

Ibnu Ir Fadzil on June 19, 2010 at 3:22 PM said...

Artikel saya menjawab kenyataan Tun Mahathir mengikut perspektif ilmiah..

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/isu-judi-kenyataan-tun-mahathir.html

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/perbahasan-tentang-judi-yang-dibenarkan_16.html

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal