01 June 2010

Kertas Kerja Karnival Sukan Diubah Menjadi Sukan 1 Malaysia? Kerja Siapa?

Pagi ini, kebetulan saya melayari blog Khairi. Em.. artikel yang disiarkan pada 31 Jun, ditulis dengan menggunakan ayat-ayat yang cukup cantik. Tapi kalau berurusan dengan mahasiswa, macam tak reti cakap lembut je.. (link)

Di bawah ini adalah iklan yang tertera di web JPMK, bertarikh 3 Mac.



Di bawah ini pula adalah borang penyertaan yang diletakkan di dalam blog "peribadi" AtaseAkademik (link)


Apa pandangan anda? Di dalam web JPMK meletakkan tarikh yang sama sepertimana yang tertera di dalam borang penyertaan, iaitu pada 22-25 Julai. Tapi, yang menjadi kekeliruan di sini ialah..

Kenapa nama program dah jadi lain? Karnival Sukan Timur Tengah atau Sukan 1 Malaysia Mesir? Di dalam borang penyertaan tersebut tidak langsung tertulis Karnival Sukan Timur Tengah? Kenapa?

Pelik.. Adakah ini program baru yang dicipta sebagai tanda tidak setuju dengan En Saiful? Di dalam post sebelum ini (link) dan (link) telah menyatakan bahawa program ini seperti membelakangkan En Saiful..

Bertambah pelik apabila wujudnya kenyataan pelik di ruangan paling bawah borang penyertaan..

Bila masa pulak Muhaimin jadi Urusetia? Di dalam borang ini menyatakan bahawa Muhaimin sebagai seorang Urusetia.. sedangkan apakah status beliau di sini? Adakah beliau dilantik sebagai urusetia dalam tempoh yang singkat ini?

Ya, Muhaimin tiba di bumi Mesir pada 28 Mei lalu. Sedangkan program ini sudah dibuat kertas kerjanya pada 3 Mac lagi (sepertimana yang tertera di web JPMK). Maka, kesimpulan yang boleh dibuat ialah, program ini adalah program "baru" yang diubahsuai daripada Karnival Sukan Timur Tengah.

Selingan : Sebelum diiklan tentang sesuatu program, kertas kerja perlu disiapkan dan dibentang terlebih dahulu. Maka, urusetia perlu diletakkan nama di dalam kertas kerja tersebut sebelum ia dibentangkan. Bagaimanakah nama Muhaimin boleh diletakkan di dalam kertas kerja yang dibuat sebelum 3 Mac? Ini bermakna kertas kerja Sukan 1 Malaysia adalah kertas kerja baru, yang dibuat setelah ketibaan Muhaimin

Kenapa? Apa masalah dengan KSTT? Kenapa pula Sukan 1 Malaysia ini tidak melibatkan En Saiful sebagai Diplomat? Adakah disebabkan "tidak bersetuju" dengan pendirian En Saiful, program ini diubah 360 darjah? Pening.. pening.. Macam-macam persoalan yang timbul.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma saya harapkan penjelasan, dan tiada sebarang unsur penipuan dan penyelewengan. Saya harap juga, kalau ada sesiapa yang boleh menjelaskan persoalan ini, ahlan wasahlan..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal