10 June 2010

Kuota Haji Tahun Ini : Dalam 1000, Seorang Je Yang Boleh Pergi



Berita Masr al Youm hari ini, kuota yang telah ditetapkan oleh Arab Saudi untuk seluruh negara (termasuk Mesir) ialah 1:1000 orang. Contohnya, Mesir mempunyai 78 000 000 orang. Jadi, mereka yang "dibenarkan" untuk pergi haji berdasarkan kuota tersebut ialah seramai 78 000 orang sahaja.

Atau dengan kata lain, dalam 1000 orang, sorang je yang boleh pegi..

Kajian Nation Master menunjukkan bahawa bilangan rakyat Malaysia seramai 13,074,819. Dibundarkan menjadi 13.1 juta orang. Bermakna, kuota untuk pergi haji seramai 13 100 orang sahaja.

Sari berita terkini.

Diberitakan juga bahawa nilai bayaran pun dah naik, disebabkan ubah suai dan kelengkapan yang disediakan. Semakin susah nak pergi haji. Teringat juga, zaman-zaman dulu, nak pegi haji free, tapi cabaran dia bukan main.

Nak carik kapal terbang mana dapat. Tapi free je. Zaman berubah. Hari ini, nak pergi haji masih lagi ada cabaran walaupuan sudah bertimbun-timbun kemudahan. Nak cari duit bayar tiket kapal terbang, bayaran hotel, itu ini .. dan sebagainya.

Doakan supaya kita dapat pergi haji.


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

alias_safwan on June 17, 2010 at 12:59 PM said...

rakyat malaysia ade 26-27 juta (estimate), yg 13 juta tu yg islam.. mmg hny 50-55% je islam kat malaysia.. betol dah nombor tu.. kalau salah tolong betolkan ana..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal