05 June 2010

Lagi.. Kes Gangguan Terhadap Akhawat Kita Di Zagazig


sumber : DPMZ (link)

Baru-baru ini pihak DPMZ telah mendapat laporan berkenaan ganguan arab yang telah dilakukan terhadap akhawat Malaysia. Tindakan yang tidak bermoral itu telah dilakukan di dalam tramco ketika akhawat berkenaan bersama rakannya dalam perjalanan pergi ke Mahattoh Zagazig. Ini adalah kes yang ke tiga dilaporkan sekitar dua bulan ini.

Berikutan beberapa perkara tersebut, pihak DPMZ telahpun membuat beberapa tidakan susulan bagi mengatasi permasalahan yang berlaku, diantaranya Pengerusi DPMZ telah membuat laporan terus kepada pihak keselamatan Mesir dan juga telah mengadakan perbincangan secara serius dengan pihak DPD PPMI Indonesia bagi mengatasi masalah ini.

Hasil dari perbincangan tersebut pihak PPMI bersetuju untuk memberikan kerjasama sepenuhnya untuk mengawal masalah ini dari berterusan. Untuk makluman pihak PPMI bolehlah dihubungi terus kepada Ketua PPMI Ustaz Ekta Yuda Perdana 0102476794 dan Ketua Dewan Pengurus PPMI Ustaz Irham Hasan Cahyadi 0195250485.

Sehubungan dengan perkara tersebut pihak DPMZ menggesa kepada semua akhwat untuk lebih berhati-hati ketika berada diluar kawasan kediaman. Tindakan yang cepat dan tegas perlu dilakukan.

Antara tindakan yang perlu diambil ialah seperti :-

- Tidak penik dan terus menghubungi siapa sahaja yang dikenali secepat yang mungkin.

- Minta bantuan arab sekililing yang dipercayai.

- Berteriak meminta bantuan.

- Bertindak dengan apa cara sekalipun bagi melindungi diri.

- Dan beberapa tindakan yang telah digariskan. sila rujuk (klik sini)

Pihak DPMZ juga amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak ikhwah mahupun akhawat untuk membanteras gejala yang tidak bermoral ini. Sebarang pertanyaan juga aduan boleh diutarakan terus kepada Pengerusi DPMZ,Ketua PCZ dan Ketua Unit Hisbah DPMZ. Semoga Allah menjaga keharmonian kita semua.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal